بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Saturday, 30 November 2013

Penutup November 2013

Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :-)
Hari ini adalah hari terakhir dalam bulan November dimana kita ada lagi 31 hari untuk menyambut Tahun 2014.. Macam mana dengan kenangan November korang..?? Banyak celebrate hari-hari penting macam Mummy Daddy dak..?? Hee.. Bulan November Mummy Daddy sentiasa dalam kesibukan.. FawwazSecret pon tak sempat nak meng-updatekan apa-apa kerana kebetulan, FawwazSecret pon sibuk dan mendapat pekerjaan baru.. Dan, dalam masa yang sama, dengar-dengar khabar, Mummy Daddy pon dah tak lama lagi akan menzahirkan perkahwinan diorang.. Alhamdulillah.. Itulah yang FawwazSecret harapkan.. Dan lagi satu, FawwazSecret tak tahu bila kali terakhir untuk FawwazSecret menulis di blog ny.. Sebabnya selepas Mummy Daddy merasmikan segalanya, FawwazSecret mungkin akan mengundurkan diri.. Dan Mummy FawwazSecret yang akan menulis di blog ny bertemankan Daddy FawwazSecret.. Tapi Daddy FawwazSecret pulak syorkan supaya FawwazSecret terus menulis.. Kata Daddy, risau kalau Mummy tak sempat nak bukak blog cause masa sepenuh Mummy mestilah diisi bersama Daddy.. FawwazSecret sebenarnya tak kisah.. Nak berkongsi blog pon rasanya Mummy pon tak kisah.. Sebab dalam blog ny pon kadang ada masa FawwazSecret update kan cerita Mummy Daddy dan ada kalanya cerita dari FawwazSecret sendiri.. So, terpulang la..

Hurm esok Mummy bercuti dan kebetulan esok jugaklah hari kenduri kawan Mummy.. Mummy mungkin pergi tanpa bertemankan Daddy.. Bukan apa.. Cara Mummy Daddy ny berbeza.. Selagi kawan-kawan tak tahu bahawa diorang sudah berumah tangga, selagi itulah apa-apa yang berkaitan dengan kawan-kawan, Mummy Daddy takkan campur adukkan dalam urusan bersama.. Macam pelik kan..?? Pelik-pelik pon sweet dan sebenarnya kalau orang berfikiran positif terhadap Mummy Daddy, mereka akan mengerti.. Sesungguhnya Mummy Daddy berbuat sedemikian kerana menghormati orang-orang yang memerhatikan mereka.. Thats why, mereka berasingan.. Dan lagi satu, malu dan sopan itu yang terpenting.. :-)

Okay lah untuk post kali ny.. Itu sahaja yang FawwazSecret nak sampaikan.. Harap maaf sekiranya cerita-cerita yang FawwazSecret sampaikan untuk bulan November ny ada membuat sesiapa yang membacanya tersinggung atau sebagainya.. Mana taknya cerita adik Safiya pon ada tertulis kan..?? Jadi risau kalau family adik Safiya sedikit tersinggung apabila membaca post-post FawwazSecret.. Tapi, percayalah.. FawwazSecret hanya menyampaikan cerita Mummy Daddy.. Dan cerita-cerita ini bukanlah rekaan.. Tapi ianya adalah cerita benar.. So, kepada mereka-mereka yang mungkin tersinggung, sedar-sedarkanlah diri untuk menerima kenyataan cerita-cerita itu..

Salam Ikhlas,
FawwazSecret

Friday, 29 November 2013

Adik Tecik Safiya VII

Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :-)
FawwazSecret mohon maaf sekiranya ada salah silap dalam menyampaikan sambungan cerita Mummy Daddy..

Cerita Ahad, 24 Nov dimana hari ny Mummy holiday.. Kebiasaannya hari Ahad Mummy sedikit sibuk, seawal pagi bangun untuk beri makan pada ayam, kucing dan burung merpati peliharaannya.. Selepas selesai semua Mummy sambung tidur.. Tapi tak lama, dalam jam 9pagi Mummy bangun semula untuk beli ikan dan sayuran di Pasar Tani.. Itu rutin pagi Mummy.. Daddy pulak seawal pagi bangun mencari makan.. Bila dilihatnya tiada makanan, bergerak keluar lah Daddy bersama Kakak dan adik Safiya ke rumah Tok.. Sesampai di rumah Tok, motor mereka kehabisan minyak.. Jadi Daddy buat keputusan untuk menelefon Mummy.. Sayangnya Mummy masa tuh sedang sibuk memasak bubur untuk adik Safiya.. Jadi Daddy buat keputusan menunggu sehingga Mummy datang..

Tepat jam 1.15tengahari, Mummy sampai di rumah Tok lalu membawa Daddy dan adik Safiya pulang.. Adik Safiya membuat pelbagai kerenah yang Mummy sendiri tak pernah tengok sikap adik Safiya.. Sekali Mama bersuara, "dia nak tidur tuh wani".. Adik Safiya gayanya seperti tak selesa di rumah Mama.. Bila disoal, "nak balik kat umi?" Dia menggelengkan kepala.. Mummy mula tak faham dengan sikap adik Safiya, cepat memberontak.. Mummy bagi susu, adik Safiya taknak.. Tapi lastnya adik Safiya buka tin susu.. Daddy minta Mummy letakkan sedikit susu di dalam piring dan berikan saja pada adik Safiya.. Sempat di snap-kan kerenah adik Safiya..


Sesudah makan, adik Safiya bermain di hadapan pintu.. Kadang duduk termenung, kadang bangun.. Sempat jugak di-snapkan semasa adik Safiya bangun dan ingin masuk semula ke dalam rumah..


Selepas beberapa minit, adik Safiya mula buat perangai.. Mummy dah tak tahu cara terbaik untuk dilakukan.. Jadi, Mummy dukung adik Safiya dan letakkan dia dalam buaian.. Menangis dia sampai akhir sekali Mummy bagi susu dan berzikir "lailahaillallah" sehinggalah adik Safiya tidur.. Pada masa tuh Mama dan lainnya sedang bersiap untuk ke tempat kenduri.. Daddy pulak sibuk nak ke Air Hitam untuk setting motorsikal dia.. Abe pon nak ikut Daddy.. Sekarang satu-satunya yang ada di rumah hanya Mummy.. Jadi Mummy buat keputusan menunggu adik Safiya..

Apabila menjelang petang, Mummy bersama Kakak dan Kakcik Mira sibuk di dapur membuat cucur untuk makan petang.. Adik Safiya pulak main air seorang diri.. Mama sedang mandi manakala MakLang baru bangun dari tidur.. Mama dah pesan, "wani tolong tengok Safiya na".. Tapi Mummy tak sempat nak menjaga adik Safiya sebab tangan Mummy sebelah kanan penuh dengan tepung, tangan kiri sedang menggoreng.. Tak cukup tangan Mummy nak gunakan untuk adik Safiya.. Jadi Mummy meminta bantuan Kakcik Mira untuk bukak baju adik Safiya.. "bukak baju dia, dia main air tuh dia nak mandi kot, bagi dia mandi dalam tab dengan kakak", kata Mummy.. Sesudah adik Safiya mandi, Mama dan MakLang pon bergegas ke dapur untuk tengok Mummy menggoreng cucur.. Dalam masa yang sama adik Safiya nak Mummy suapkan dia cucur yang sudah digoreng.. Berulang alik Mummy dari menggoreng, menyuap adik Safiya sedangkan pada masa tuh Mama memerhati setiap tingkah Mummy sambil tersenyum.. Mana taknya, sebelah adik Safiya ada Mama, MakLang, Kakcik Mira tapi, Mummy juga yang adik Safiya inginkan.. Selesai menggoreng, mereka berhidang di luar rumah..

Dan apabila malam menjelma.. Sesudah Isya', Daddy dan Abe sampai di rumah.. Yang lainnya semua pergi rumah Tok.. Yang ada di rumah hanya Mama, Mummy, Daddy, MakLang dan adik Safiya.. Adik Safiya malam tuh dah lain.. Banyak termenung.. Mummy merasakan adik Safiya merindui suasana di rumahnya.. Mana taknya, di sana adik Safiya lebih bebas melakukan apa saja berbanding di sini, nak menyentuh apapun semuanya di tegur.. Lain orang lain caranya.. Lain orang lain penjagaannya.. Kebetulan ataupun mungkin tergerak hati keluarganya, pada malam tuh jugaklah keluarga adik Safiya datang menjemputnya pulang.. Pulang bersama rama-rama besar.. Selamat pulang adik Safiya..

"Kisah adik Safiya berakhir sampai sini.."
"Kalau ada lagi, FawwazSecret bersenang hati untuk bercerita lagi.."

Adik Tecik Safiya VI

Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :-)
FawwazSecret mohon maaf sekiranya ada salah silap dalam menyampaikan sambungan cerita Mummy Daddy..

Ceritanya 23 Nov, hari esoknya selepas Mummy tidurkan adik Safiya petang semalam.. Pagi ini, Mummy tetap tak mengganggu Daddy untuk hantarkannya ke tempat kerja.. Dalam jam 11pagi, Daddy menelefon Mummy menyatakan bahawa Daddy dah call PakCik yang nak ubatkan jari Mummy tuh.. Kiranya petang tuh Mummy kena balik awal.. Bila Daddy bertanyakan Mummy soal adik Safiya, Mummy menjawab, "kita bawak adik, tapi ma nak siap dia, tamo orang lain siap dia.. adik bangun dah?".. Daddy menjawab, "bangun dah, puas dia tidur.. 12jam.. pecah rekod.. haha".. "stokin bukak dak?", tanya Mummy.. "dak tak bukak, dy tamo bukak", jawab Daddy.. "takpalah jangan bagi stokin tuh kotor.. petang ny nak bagi dia pakai..", bagitahu Mummy kepada Daddy.. Daddy mengiakan kata-kata Mummy lalu memutuskan talian telefon..

Sampainya waktu petang, Mummy bergegas pulang menaiki honda.. Selesai mandi dan solat, Mummy berjumpa dengan Daddy dan adik Safiya di rumah Mama.. Sesampai Mummy di rumah Mama, adik Safiya sedang tidur.. Mummy cuba kejutkan adik Safiya, akhirnya terjaga juga dari tidur.. Tapi masih mengantuk.. Mummy abaikan lalu persiapkan segala perkakas adik Safiya.. Selesai semua Mummy bawak adik Safiya masuk ke dalam kereta.. Dengan tak semena adik Safiya muntah atas Mummy.. Daddy terkejut, "allah".. Terus adik Safiya menangis.. Mungkin adik Safiya takut dirinya dimarahi oleh Mummy mahupun Daddy.. Mummy bersuara, "abh amik air panas, cuci kusyen kereta ma.. adik takpa, biar ma urus".. Adik Safiya masih menangis sehinggalah Mummy memujuk dengan nada paling lembut, "adik, tamo teriak, adik tak salah.. meh kak basuh nah.. tamo teriak.. sayang kak wani kan".. Adik Safiya berhenti menangis lalu mencium pipi Mummy..

Selesai semua, Mummy masuk ke dalam rumah untuk mencuci kainnya yang kotor.. Manakala Daddy asyik dengan mencari seluar Mama untuk dipakaikan pada Mummy.. Tapi Mummy taknak.. Sesudah mencuci, Mummy mengeringkan kainnya lalu dipakai semula.. Adik Safiya jugak Mummy siapkan pada masa tuh.. Dipakaikan losyen baby, bedak dan minyak baby.. Sempat Mummy snapkan gambar sesudah adik Safiya bersiap..



Daddy pulak sibuk masukkan segala barang ke dalam kereta.. Sesudah siap semua, Daddy bersuara, "huh, rasa macam nak bawak family jalan jauh uh".. Hehe.. Ada-ada jea Daddy.. Semasa dalam perjalanan ke Makam Puteri Lindungan Bulan, Mummy Daddy sempat bersnap dalam kereta.. Sama jugak dengan adik Safiya.. Cuma gambar bertiga tak dapat yang terbaik..



Sesampai Mummy Daddy di rumah PakCik tersebut, PakCik bertanya, "anak sulung lah ny".. Mummy senyum.. Daddy menjawab, "ya".. "ouh bila pulak nak boleh numbor dua", tanya PakCik tersebut.. Mummy Daddy hanya tersenyum.. Memang Mummy Daddy punya aura ibu dan ayah.. Tahniah lah Mummy Daddy.. Semasa dalam perjalanan pulang,  adik Safiya nak buang stokin yang Mummy pakaikan.. Mummy tak ingin membukanya.. Lalu adik Safiya membuka dengan sendiri nya.. Hairan Mummy.. Kenapalah adik Safiya nak buka sangat stokin tuh.. Rupa-rupanya, adik Safiya nak letakkan kakinya pada air-cond.. Macam-macam kerenah adik Safiya sorang ny..

Sesampai Mummy Daddy di rumah Mama, Mummy Daddy berehat-rehat sebentar.. Tetiba Mama menghampiri Mummy, "meh nak tengok jari".. Dalam masa yang sama, MakLang dan Kakcik Mira sampai di rumah Mama.. Terus MakLang bersuara soal perkahwinan Mummy Daddy.. Mummy tak berminat nak mendengar lalu Mummy bersuara untuk pulang.. Tetiba adik Safiya nak ikut Mummy. Mummy pon bawak lah adik Safiya masuk ke dalam kereta, Daddy menyusul dari belakang.. Bila Mummy memujuk adik Safiya bahawa esok Mummy datang lagi, barulah adik Safiya setuju untuk ikut Daddy masuk ke dalam rumah.. Mummy pulang ke rumahnya.. Dan seperti biasa Daddy menelefon Mummy bila tepat jam 12malam..

"Ada lagi cerita esoknya.. Penghabisan cerita adik Safiya.."

Adik Tecik Safiya V

Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :-)
FawwazSecret mohon maaf sekiranya ada salah silap dalam menyampaikan cerita Mummy Daddy.. Ini pulak sambungan cerita semalam nya..

Pepagi Mummy bergerak menuju ke tempat kerja seorang diri.. Pagi ny Mummy tak nak ganggu Daddy sebabnya adik Safiya ada di rumah Mama.. Tetiba dalam jam 10pagi, Daddy menelefon Mummy, "ma dok mana".. "ma kat tempat kerja laa", jawab Mummy.. Daddy menyahut Mummy, "abh nak makan pagi dengan ma, awat ma tak call suruh abh hantaq ma".. Jawab Mummy untuk senangkan hati Daddy, "adik Safiya ada kan, satgi Mama nak pi cari barang, sapa nak jaga adik".. Daddy terasa dengan kata-kata Mummy sebab kebiasaannya di pagi hari, Mummy dan Daddy bersarapan bersama.. Tapi pagi ny lain pulak jadinya.. Selalunya kalau adik Safiya ada sekalipun, Mummy tetap akan call nak Daddy hantarkan dia ke tempat kerja dan bersarapan pagi bersama.. Tapi, lain pula cara Mummy hari ny..

Bila sampai waktu tengahari, Daddy menelefon Mummy sekali lagi.. "ma, adik nak cakap tipon dengan ma".. Adik Safiya lantas memegang fon lalu berbual dengan Mummy.. Apa yang dibualkannya pon Mummy tak berapa nak faham.. Yang Mummy faham adik Safiya cuba mengatakan bahawa orang sering mengganggu dia sebab adik Safiya cuba berkata begini, "wang acau".. Biasalah bahasa budak-budak kan.. Hee.. Mama tetiba menyampuk di belakang, "Safiya cakap dengan sapa tuh, perasan orang sayang dia, takda sapa sayang dia aih".. Adik Safiya tetiba mendiamkan diri.. Mummy cuba bertanya kan adik Safiya, "kita keluar petang nak, naik moto"..  Tiada suara yang menjawab.. Tetiba Daddy bersuara, "ma tanya apa, adik dok angguk, senyum sorang-sorang".. "ma ajak dia kuar petang ny", jawab Mummy.. Daddy mengiakan kata Mummy, "laa ingatkan apa dia dok angguk suka tak sangga".. Mummy menjawab, "takpalah abh, ma buat kerja dulu.. satgi petang kita jumpa".. "okey ma, bye, mwahx", lantas Daddy memutuskan talian telefon..

Hari menjelang petang.. Daddy menelefon Mummy, "ma dok mana.. kita tak jadi bawak adik ka.".. "sat abh, ma nak pi dah", jawab Mummy.. Sesampai Mummy di rumah Mama, kelihatan adik Safiya takda dengan Daddy.. Lalu Mummy bertanya, "mana adik".. "ada kat mama, kat kedai.. ma la lambat sangat", jawab Daddy.. Mummy senyum lalu jawab Mummy ke Daddy, "jom kita pi kat Mama.. adik mesti nak ikot ma punya".. Bergegas Mummy Daddy ke gerai Mama.. Sesampai Mummy Daddy di gerai, Mummy bersalaman dengan Mama.. Daddy pulak terkejar-kejar nakkan wang untuk belikan susu adik Safiya.. Cepat-cepat Mama jawab, "minta kat mak dia la, anak dia".. Mummy menghulurkan tangan pada adik Safiya.. Lantas adik Safiya memeluk Mummy.. Kakak datang menghampiri Mummy, "meh kat kakak".. Adik Safiya menggelengkan kepala.. Sekali Kakak katakan pada adik Safiya, "amboi, ada kak wani, dengan orang lain tamo dah".. Mama menjawab, "dia tau dah sapa sayang dia, bercakap tipon sampai orang lain tak boleh bercakap.. takda penah mau bercakap macam tuh".. Daddy bersuara, "lekas lah ma, kesian budak ny, susu pampers takda.. mana dengan puting botol pon berulat.. benda kecik tuh pon tak leh nak tukaq".. "haa nak buat lagu mana", jawab Mama.. Kakak menghampiri adik Safiya sekali lagi, "Safiya meh Kakak nak dukung".. "amau!!", jawab adik Safiya.. Mama menyahut, "dia tamo dah aih, dia buleh mak tiri dah, dia tamo dah kat orang lain".. Mummy kemudiannya senyum lalu bersuara, "jom lah abh, kita pi mobil amik duit, kita beli barang adik Safiya".. "haa pi-pi mak tiri nak beli semua", jawab Mama.. Amboi Mama.. Ini sudah melampaui batas, mungkin dalam hati Mummy berkata sedemikian..

Mummy Daddy merancang untuk ke Pasaraya CMart Arau.. Sebelum bergerak, Mummy pakaikan baju tebal untuk adik Safiya sebab cuaca masa tuh hampir senja dan sejuk.. Setibanya mereka bertiga di Pasaraya CMart, adik Safiya bukan main suka lagi nak berjalan.. Gayanya seperti tak sabar dah.. Hee.. Relax lah gugirl.. Mummy dukung adik Safiya sebab Mummy tak suka tengok adik Safiya berjalan walaupun adik Safiya suka dengan bunyi kasutnya.. Berjalan punya berjalan, bukan main suka adik Safiya bila Mummy membawanya ke kawasan barangan bayi.. Daddy senang melihat telatah Mummy dan adik Safiya.. Lantas Daddy snapkan beberapa gambar Mummy bersama adik Safiya..





Selesai shopping pampers, susu dan puting.. Tetiba Mummy bersuara, "abh, ma nak belikan adik baju dengan stokin".. Daddy menjawab, "hish ma ny nak beli macam-macam kat anak orang.. entah ka anak ma orang pijak jea mau ada".. "eh, mana ada orang berani pijak-pijak anak ma", jawab Mummy.. Daddy menyahut, "cakap besar".. "mana ada ma cakap besar.. memang takkan ada orang boleh pijak-pijak anak ma.. sebab ma bukan bagi anak ma kat merata orang".. Daddy menyahut, "pandai ma jawab noh".. "semestinyer", Mummy mengiakan kata-kata Daddy.. Tanpa melengahkan masa, Mummy Daddy bergegas ke kawasan pakaian bayi.. Adik Safiya bukan main suka bila Mummy Daddy pilihkan baju untuknya.. Kemudian Daddy bersuara, "ma beli apapun kita tak payah bagi dia bawak balik lah nah".. "memang tak bagi bawak balik pon.. entah ka nanti dia bakar baju yang ma beli".. Daddy terus memegang adik Safiya manakala Mummy menuju ke kaunter bayaran..

Selepas selesai membeli semua, Mummy Daddy menuju keluar dari pasaraya.. Mummy pakaikan adik Safiya stokin dan baju tebal.. Sepanjang perjalanan pulang, adik Safiya tak henti menyentuh mulut, hidung serta pipi Mummy.. Bila Mummy tanya berulang kali, "awat adik".. Adik Safiya berulang kali memberi senyuman hingga akhirnya adik Safiya bersuara, "duu".. Daddy mengatakan bahawa adik Safiya merindui Mummy.. Mummy berzikir, "subhanallah" untuk adik Safiya sehinggalah adik Safiya tertidur dalam pangkuan Mummy.. Sesampai Mummy Daddy di rumah Mama, Mummy tidurkan adik Safiya di dalam rumah.. Daddy pulak tak henti menyatakan sayang pada Mummy.. Sekali Daddy bersuara, "awat ma baik sangat dengan anak orang yang benci ma?".. Jawab Mummy, "alah, biaq la.. ma tamo tau dah sapa benci ka sapa kutuk ka".. Daddy sahut, "ma tau dak ma menang la ny".. Mummy hairan, "apa yang ma menang.. abh, dalam hidup ma takda istilah menang kalah, sebab ma tak berlumba dengan sesapa.. sudah la.. ma nak balik.. nanti tengah malam macam biasa nah".. "okey ma", jawab Daddy..

Beberapa minit selepas itu, Mama sampai di rumah.. Mama bertanyakan Daddy, "beli apa tadi".. "wani beli baju kat Safiya, bagi pakai stokin siap", jawab Daddy.. Mama memuji, "cantik baju Safiya, stokin pon cantik.. wani beli semua?".. "ya, awat ma", jawab Daddy.. Mama hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.. Jam di dinding menunjukkan tepat 11.30malam.. Mama bersuara, "puas Safiya lena".. Daddy menyahut, "wani bagi lena tadi".. Mama senyum lalu memuji, "pandai wani bagi tidur budak, lama dia tidur".. Daddy hanya tersenyum dan mendiamkan diri.. Selewat jam 12malam Daddy menelefon Mummy, seperti malam-malam yang lain.. Mummy bertanyakan adik Safiya.. Daddy bagitahu Mummy bahawa adik Safiya tak bangun, tidurnya nyenyak.. Mungkin sebab pakai stokin.. Jadi adik Safiya kurang alami kesejukan..

"Ada lagi cerita adik Safiya.. Tunggu cerita esoknya.."

Adik Tecik Safiya IV

Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :-)
FawwazSecret mohon maaf sekiranya ada salah silap dalam menyampaikan cerita Mummy Daddy.. Ini sambungan cerita selepas dua hari adik Safiya kembali ke rumahnya dan dihantar semula ke rumah Mama..

Seawal pagi Mummy Daddy bangun untuk bersarapan di gerai dekat dengan tempat kerja Mummy.. Sedang Mummy Daddy makan, Mummy bersuara, "ma teringat sangat kat adik Safiya".. Berlinang air mata Mummy.. Daddy menyahut, "ma, depan rezeki ny".. Mummy menjawab, "kesian dia, dulu kecik-kecik nyamuk gigit penuh badan.. la ny besar-besar kudis pulak kat badan.. kalau tak mau jaga, baik hantar kebajikan.. ny dah takmau, kebajikan nak amik, tak bagi pulak".. Daddy menjawab, "biarlah ma.. dosa dia.. abh tamo tau apa dah pasal orang macam tuh.. sia-sia hidup abh"..

Selesai bersarapan pagi.. Mummy Daddy seperti biasa berehat di tempat kerja Mummy.. Beberapa minit selepas tuh, Daddy nak bergerak pulang.. Mummy pulak dah siap nak mulakan kerja.. Sesampai Daddy di rumah, Daddy menelefon Mummy, "ma, abh ada surprise kat ma".. Mummy menjawab, "iya ka, apa dia?? adik ada ka??".. Jawab Daddy, "takda punn".. Mummy seolah merajuk, "hurm ingatkan surprise apa".. Talian telefon diputuskan.. Mummy Daddy masing-masing buat kerja masing-masing.. Sebenarnya, adik Safiya memang ada di rumah Mama.. Entah masa bila orang hantarkan adik Safiya.. Dah tak ingin nak jaga lah kot.. Ataupun masing-masing sibuk dengan kerja kan.. Jadi tak sempat la nak luangkan masa untuk adik Safiya..

Bila hari dah petang, Daddy seperti biasa jemput Mummy pulang dari tempat kerja.. Sesampai keduanya di rumah Mama.. Kelihatan adik Safiya sedang bermain di ruang sliding.. Mummy riang, "adik.. bila mai.. awt abh tak habaq kat ma??".. Jawab Daddy, "memang abh nak habaq.. tapi ingat nak buat surprise kat ma".. Mummy bertanyakan Mama, "ma nak pi mana".. Mama menjawab, "pi kenduri sat".. Mama bersuara bertanyakan adik Safiya, "nak ikut mama??".. Adik Safiya menggelengkan kepala..  Daddy bertanya, "nak duk dengan abg paih??".. Adik Safiya tetap menggelengkan kepala.. Daddy bertanya lagi, "nak ikut kak wani??".. Adik Safiya mengangguk lalu berkata, "ta ani, ani".. Semua tertawakan adik Safiya.. Apapun keputusan adik Safiya, Mama tetap akan bawak adik Safiya ke tempat kenduri..

Mummy dan Daddy seperti biasa menunggu Abe yang sedang membungkus nasi lemak Mama untuk dijual.. Daddy sampai hati tak bantu Abe.. Kata Daddy, "saja nak buat abe rasa macam mana kita rasa bila kita bungkus cepat-cepat, tapi dia dok buat lambat-lambat".. Hee... Busuk punya perangai Daddy.. Hari menjelang senja.. Manakala malam mula mnghampiri.. Mummy bergerak pulang manakala Daddy menunggu kepulangan Mama untuk makan malam.. Tepat jam 12malam, seperti biasa Mummy Daddy berbual terlebih dahulu sebelum baca doa untuk tidur bersama..

"Post kali ny.. Takda gambar.. Tak sempat bersnap apapun.."

Adik Tecik Safiya III

Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :-)
FawwazSecret mohon maaf sekiranya ada salah silap dalam menyampaikan cerita Mummy Daddy..

Pada petang keesokannya, Mummy Daddy keluar membawa adik Safiya bersiar.. Masa tuh dah lewat petang.. Mummy Daddy nak bawa jauh-jauh risau pulang masa senja.. Jadi, Mummy Daddy bawa adik Safiya ke pusat membeli belah The Store.. Mummy masa tuh excited nak belikan sepit rambut dan cekak rambut untuk adik Safiya.. Bukan main suka lagi adik Safiya bila dah belikan untuk dia.. Tapi bila dipakaikan, sukanya dia kejap saja, bila lama-lama dibuangnya sepit rambut tuh.. Sampaikan Mummy cakap, "tak gugirl lah sayang"..

Sebelum Mummy Daddy bergerak pulang ke rumah, Mummy Daddy bersiar lagi, sekadar nak ceriakan adik Safiya.. Selepas bersiar, Mummy Daddy pulang ke rumah.. Sesampai di rumah, Mummy ikat tocang rambut adik Safiya.. Bukan main comel lagi dia.. Tapi bila lama-lama, adik Safiya dah taknak.. Seolah rimas pulak.. Mummy pon buka lah ikatan tuh.. Sekali Mummy buka ikatan tocang tuh, rambut adik Safiya terus jadi macam rambut Joe Jambul..


"Inilah Safiya Jambul"

Sempat lagi Mummy bersnap gambar adik Safiya.. Kemudian Mummy betulkan kembali rambutnya.. Beberapa minit selepas itu, adik Safiya kelihatan anak-anak kucing sedang bermain.. Lantas adik Safiya memakai kasut Mummy lalu menghampiri anak-anak kucing tuh untuk bermain bersama.. Sempat jugak di snap kan gambar adik Safiya..


Hari sudah menjelang senja.. Mummy Daddy masuk berehat dalam rumah.. Selepas selesai maghrib dan isyak, Mummy Daddy terpaksa menghantar adik Safiya ke rumah Tok sebab Mummy Daddy nak keluar, ada sedikit hal.. Nak bawak adik Safiya tuh tak salah cuma air embun dan angin malam tak sesuai untuk budak-budak.. Jadi Mummy buat keputusan lah untuk tinggalkan adik Safiya buat sementara waktu di rumah Tok.. Selepas selesai kerja-kerja Mummy Daddy, keduanya ke rumah Tok untuk bawak balik adik Safiya..

Sesampai Mummy Daddy di rumah Tok.. Keduanya memberi salam, "assalamualaikum".. Selepas ada yang menjawab salam, barulah keduanya bergerak masuk.. Mummy terus menghampiri adik Safiya, "aik adik teriak".. Tok pon jawab, "teriak kejap tadi, bagi susu diam sat".. Adik Safiya menghampiri Mummy, lalu Mummy bertanyakan makan adik Safiya, "adik lapar ny kan.. kita makan nasi nah".. Adik Safiya hanya mengangguk tanda setuju dengan apa yang Mummy cakapkan.. Masa Mummy bawak adik Safiya ke dapur, Tok memerhatikan Mummy.. Tok hairan, macam mana adik Safiya boleh jadi serapat tuh dengan Mummy.. Lantas Daddy menegur, "biarlah kat depa dua, tok.. lagipun Safiya takda kasih sayang mak".. Mummy di dapur rancak menyuap adik Safiya makan nasi bersama ikan goreng.. Sesudah makan, Mummy tengok jam, hampir lewat malam.. Mummy bersuara untuk pulang..

Semasa adik Safiya dalam pelukan Mummy, Tok menegur, "sapa ny?? umi?? macam umi??" Adik Safiya menggelengkan kepala.. Daddy menyahut, "bukan umi?? pastuh ny sapa?? ucu??".. Adik Safiya tetap menggelengkan kepala.. Tok menyambung, "amik bela lah wani, dia bukan ada mak".. Mummy hanya tersenyum.. Apa lagi yang harus Mummy katakan.. Mummy berbuat sesuatu perkara tuh tujuannya bukan untuk menunjuk pada sesiapa, tapi itu lah perangai sebenar Mummy.. Tok bersuara lagi, "sebenarnya dia suka tengok kalau wani gaduh dengan abg paih disebabkan Safiya" "tapi Safiya boleh rapat macam ny dengan wani, wani pulak tak marah bila Safiya rapat dengan abg paih".. Terus Mummy menjawab, "nak marah buat apa tok.. adik ny bukan salah.. yang salahnya orang yang melahirkan.. masa tau, nak sangat.. bila dah ada, tak peduli pulak".. Sambil Tok memegang bahu Mummy, "biarlah wani, kesian ke masa depan Safiya la".. Mummy senyum sambil bersalaman dengan Tok, "takpa, ada lah tuh Tuhan nak tunjuk, wani balik dulu nah".. Tok mengangguk tanda setuju..

Daddy hanya tersenyum melihat Tok dan Mummy.. Apabila menaiki skuter, Daddy bersuara, "tok terkejut tengok Safiya mau kat ma, dia payah nak mau kat orang yang dia tak kenai".. Mummy memegang bahu Daddy.. Daddy bersuara lagi, "abh sayang kat ma.. ma buat Safiya rasa yang dia dapat kasih sayang.. abh tak tau selama ny macam mana hidup dia".. Mummy menyahut, "macam mana pon abh, Tuhan dah tetap semua".. Sesampai Mummy Daddy di rumah Mama, Daddy bersuara, "sebenarnya abh yang salah.. abh buta.. Tuhan dah bagi ma ubah hidup abh.. tapi abh ny yang tak boleh nak keluar dari hidup dia tuh.. abh tersekat..".. Mummy menggengam erat tangan Daddy, "sudah lah abh.. nak kenang pon tak guna dah".. Daddy menyahut, "abh la ny tak kisah dah orang nak kata apapun kat ma.. bila ma dah jadi isteri abh depan semua orang nanti, takkan abh nak berdiam lagi kan, orang mengata bini abh".. Mummy bersalaman dengan Daddy, meredakan keadaan, "biarlah abh.. dosa depa.. jom ma balik dulu"..

Lantas Mummy bergerak pulang.. Beberapa minit selepas Mummy sampai di rumah, Daddy menelefon Mummy mengatakan rindu.. Padahal baru setengah jam yang lalu berjumpa.. Mummy pulak tak habis bercerita soal suap menyuap antara dia dengan adik Safiya.. Terfikir Daddy, entah ke adik Safiya di rumah nak makan apapun suap sendiri.. Sebab tuh dia jadi lain bila ada orang suapkan dia.. Apapun yang bermain di fikiran Mummy Daddy, sebenarnya itu tak penting.. Yang penting, kita ikhlas memberi apapun untuk adik Safiya..

Adik Tecik Safiya II

Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :-)
FawwazSecret mohon maaf sekiranya ada salah silap dalam menyampaikan cerita Mummy Daddy.. Sambungan cerita post yang lalu..

Ini sambungan cerita adik Safiya selepas Mummy Daddy pulang ke rumah.. Setibanya waktu malam, Mummy dan Daddy ada sedikit hal yang harus diselesaikan.. Tetapi ada sesuatu yang menghalang kerja-kerja Mummy Daddy.. Dirancangnya awal tapi tetap jadi lewat.. Sesuatu yang menghalang itu bukannya sesiapa, tetapi adik Safiya.. Bukan menghalang macam mana pun, Mama tetiba tinggalkan adik Safiya bersama Daddy sedangkan petang masa Mummy Daddy pulang ke rumah, adik Safiya takda di rumah.. Dengan tak semena Mama hantarkan adik Safiya selepas Isya'.. Mama mintak jagakan buat sementara waktu jea sebab Mama hantarkan Kakak untuk mengaji Quran..

Mummy pula mula merasa marah.. Macam mana Mummy tak marah.. Adik Safiya di rumahnya pon entah bagaimana cara penjagaannya.. Datang di rumah Mama pun sama jugak.. Pi mai pi mai adik Safiya.. Mummy terlalu marah.. Jadi Mummy paking semua pakaian adik Safiya untuk dihantar ke rumahnya.. Daddy risau kalau Mummy apa-apakan adik Safiya.. Tapi Daddy silap sebab Mummy boleh senyum dengan adik Safiya.. Mummy mandikan adik Safiya.. Daddy pulak asyik pesan, "kami  hantar adik kat umi nah".. Adik Safiya tak henti merenung Mummy.. Mummy hanya membalas dengan senyuman.. Selesai mandi, Mummy pakaikan bedak, sediakan baju untuk adik Safiya pakai.. Sebelum Mummy pakaikan baju adik Safiya, Mummy confuse macam mana cara nak pakaikan pampers.. Adik Safiya senyum melihat Mummy.. Akhirnya adik Safiya mintak Mummy letakkan pampers, untuk adik Safiya duduk di atasnya.. Mummy senyum melihat kerenah adik Safiya yang seumur setahun lebih itu pandai melakukan apapun dengan sendirinya.. Kesian pulak.. Selepas adik Safiya berbaring, adik Safiya menunjukkan pada Mummy bahagian mana yang harus dilekatkan.. Mummy memang tak pandai pakaikan pampers.. Jadi Mummy panggilkan Daddy.. Daddy hanya mampu tertawa dengan gelagat Mummy.. Adik Safiya pulak asyik merenung Mummy..

Setelah siap Mummy pakaikan baju untuk adik Safiya, tetiba terlintas dalam fikiran Daddy bahawa Mama berkemungkinan ada di rumah MakLang.. Jadi Daddy cuba untuk mencari Mama.. Yea, memang betul Mama ada di rumah MakLang.. Nasib adik Safiya baik sebab Mummy Daddy tak hantarkan dia pulang.. Tapi yang sedihnya adik Safiya nak ikut Mummy Daddy keluar.. Kesian sangat tengok adik Safiya berjalan menghampiri Mummy.. Mummy tak dapat nak bawak adik Safiya sebab Mummy ada hal yang tak sepatutnya adik Safiya ada bersama.. Kemudian Daddy bersuara, "adik masuk ikut Mama, esok kita pi berjalan na".. Adik Safiya perlahan-lahan berundur ke pintu rumah..



Mummy Daddy meneruskan perjalanan ke tempat kerja.. Sedikit saja kerja yang harus diselesaikan.. Kalau nak diikutkan Mummy Daddy boleh jea nak bawak adik Safiya.. Tapi dengan cuaca sejuk, risau balik lewat malam.. Jadi kita yang dewasa ny haruslah tahu lah bahawa keadaan luar rumah ketika malam memang tak sesuai untuk bayi sekecil adik Safiya.. Selesai segala kerja Mummy Daddy, mereka berangkat pulang.. Dan seperti biasa, tepat jam 12malam, Daddy menelefon Mummy untuk tidur bersama.. 

Sunday, 24 November 2013

Adik Tecik Safiya I

Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :-)
FawwazSecret mohon maaf sekiranya ada salah silap dalam menyampaikan cerita Mummy Daddy..

Seawal pagi Mummy Daddy bangun untuk ber-jogging.. Adik Safiya kelihatan ingin mengikuti Mummy Daddy.. Tak mungkin lah bagi Mummy Daddy untuk bawa adik Safiya ber-jogging.. Mummy Daddy buat keputusan untuk menghantar adik Safiya bersama Kakak ke rumah Tok.. Sebelum menghantar, Mummy bersihkan muka adik Safiya.. Mana taknya, muka adik Safiya penuh dengan dakwat pen berwarna biru.. Sayangnya Mummy tak snapkan.. Mummy cuci sampai bersih, lepas tuh Mummy letakkan adik Safiya naik skuter.. Daddy pulak amik kesempatan dengan letakkan helmet besar pada adik Safiya.. Sempat Mummy snapkan..


"tengok sini, sayang"

Comel kan..?? Memang comel lah.. Sebam bawah mata adik Safiya dah hilang sebab dapat tidur secukupnya.. Macam tuh lah baru babygirl.. Tidur cukup.. Bukannya sis girl.. Pentingkan kerja sampaikan terabai kesihatan dan kecantikan diri (sesetengah sahaja).. Sesekali adik Safiya terasa nak jatuh dari skuter.. Terus adik Safiya pandang Daddy.. Tapi semuanya ketawakan adik Safiya..


"alorhh, teciannya kat dia"

Sesampai hantarkan adik Safiya dengan Kakak ke rumah Tok, Mummy bertanya pada adik Safiya, "tak sayang kak wani?" Adik Safiya terus berlari anak menghampiri Mummy.. Adik Safiya salam dan cium pipi Mummy kiri dan kanan.. Sekali lagi Mummy cakap, "tak peluk pun" Lantas adik Safiya memeluk erat tubuh Mummy.. Kemudian beredarlah Mummy disusuli lambaian adik Safiya..

Mummy dan Daddy bergerak ke Denai Larian untuk berjogging.. Sepanjang larian, Mummy Daddy fokus untuk penuhi target sebenarnya.. Bila selesai ber-jogging, Mummy Daddy sempat ber-snap di atas titi gantung Denai Larian tersebut.. Masa ny, Mummy Daddy masing-masing keletihan..


"Daddy masa awal nak naik titi gantung"


"Mummy masa nak turun dari titi gantung"

Nampak seoalah hidup kan gambar Mummy Daddy.. Memang hidup pon.. Hehe.. :D
Masa Mummy Daddy bergerak menuju ke skuter, ada beberapa orang budak asyik perhatikan gelagat Mummy Daddy yang sedang bertumbuk, bertampar sampaikan main sepak-sepak pulak.. Tapi Mummy Daddy hanya bergurau.. Pelik kan sikap Mummy Daddy.. Masa menunggang pulak, Daddy sengaja bergerak ke kanan dan ke kiri, seolah orang mabuk yang menunggang skuter.. Disebabkan Mummy takut, Mummy memeluk erat tubuh Daddy.. Ouh.. So sweet.. :-)

Sesampai Mummy Daddy di rumah, masing-masing ambilkan beg dan helmet untuk bersarapan pagi di gerai yang berdekatan.. Selepas selesai jea bersarapan pagi, Mummy Daddy seperti biasa rutin pagi mereka, berehat di tempat kerja.. Sesampai tempat kerja, Mummy macam biasa on twitter dia.. Daddy pulak terbaring kekenyangan.. Beberapa minit selepas tuh, Mummy dah bersedia untuk mulakan kerja dan Daddy pulak berangkat pulang untuk memulakan kerja tengaharinya, membantu Mama.. Apabila hari sudah menjelang petang, masa Mummy dan Daddy bekerja sudah pon berakhir.. Daddy seperti biasa, kena ambilkan Mummy pulang.. Dan begitu lah hari-hari seterusnya..

"Ada lagi ny cerita yang berkaitan dengan adik Safiya walaupun sedikit..
Nanti FawwazSecret update-kan lagi yea.. Bbye.."

Happy Loving Mummy Daddy - 20 Nov

Hai.. :-) Bismillah Hirrahman Nirrahim..
Mesti ada yang tertanya-tanya akan tarikh Happy Loving Mummy Daddy.. Sebenarnya perkenalan Mummy Daddy dah pun genap tiga tahun lima hari.. Kalau tak silap lah.. Kalau silap, maaf lah sebab FawwazSecret main mengira harinya di jari jea.. Lagi sekali FawwazSecret mohon maaf sebab lambat update-kan semua-semua tarikh penting Mummy Daddy.. Tapi, its okey.. FawwazSecret akan ceritakan sedikit.. Mummy Daddy telah bersama pada malam 20 Nov dan Mummy Daddy mewakilkan tarikh tersebut untuk sambutan anniversary Mummy Daddy pada 12 Nov yang lalu.. Bagi Mummy Daddy, takda apa yang istimewa.. Tapi bagi FawwazSecret, segalanya istimewa.. Sebab apa..?? Sebab semuanya Allah swt izinkan.. Alhamdulillah.. :-) Bersyukurlah Mummy Daddy.. Mungkin haram dimata orang lain.. Tapi sesungguhnya Allah swt mengetahui segalanya.. Thats why Alah swt pelihara setiap apa yang berlaku dalam kehidupan Mummy Daddy..

Mohon yea  Mummy Daddy.. FawwazSecret nak ambil peluang ny untuk postkan beberapa gambar Mummy Daddy sempena genapnya tiga tahun perkenalan Mummy Daddy.. :-)


"TAHUN 2011"


"TAHUN 2012"


"TAHUN 2013"

Gambar-gambar yang FawwazSecret postkan ny sebenarnya adalah kenangan dalam hari-hari Mummy Daddy.. Memang kadang-kadang kita ada snap beberapa kenangan indah dalam hidup kita.. Tapi pada Mummy Daddy, walaupun tak sempat snap, tapi segala kenangan indah itu tertulis dan tersimpan dalam memori Daddy FawwazSecret..

FawwazSecret takda apa yang nak dituliskan lagi dalam post ny.. Tapi sekali lagi FawwazSecret nak mohon maaf sebab sebelum ny FawwazSecret tak update cerita-cerita pada tarikh yang sepatutnya.. Iya lah tarikh penting kan bagi Mummy Daddy.. Takpa lah.. FawwazSecret nak ucapkan tahniah sebab Mummy Daddy tetap bersama walaupun dalam tiga tahun perkenalan Mummy Daddy ny banyak kebencian, penghinaan, susah senang kehidupan jugak pahit manis rasa yang terpaksa Mummy Daddy telan, tetapi ikatan itu lah yang telah membuatkan Mummy Daddy kuat untuk menghadapi segalanya.. Alhamdulillah.. :-) Tahniah Mummy Daddy.. Semoga ikatan itu cepat-cepat dizahirkan.. Amin..

Tahniah Mummy Daddy..!! :D
HAPPY LOVING :: 20.11.2011 :: IN 3 YEARS

Saturday, 9 November 2013

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

Bismillah Hirrahman Nirrahim... :')
Setelah beberapa hari FawwazSecret tak men-update cerita-cerita di blog.. Dan hari ny.. FawwazSecret ada terima satu permintaan dari Daddy untuk update-kan khutbah terakhir Rasululah saw.. Ini adalah renungan untuk kita semua mengimbau kembali apa yang sedang berlaku dan apa yang telah terjadi dalam kehidupan kita supaya kita dapat tahu langkah terbaik untuk kita mengubah kehidupan yang akan datang..

Pada 9 Zulhijjah, Tahun 10 Hijrah, Di Lembah Uranah, Gunung 'Arafah..
Rasulullah saw telah menyampaikan khutbah terakhirnya kepada seluruh umatnya yang hadir untuk mendengarkan khutbahnya yang menyebutkan..

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan..!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas tahun ini.. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini..

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci.. Maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.. Ingatlah bahawa sesugguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu.. Allah swt telah mengharamkan riba'.. Oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang..

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar.. Maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil..

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu.. Sekiranya mereka menyempurnakan diri mereka ke atas kamu.. Maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik.. Dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina..

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini.. Sembahlah Allah swt.. Dirikanlah solat lima kali sehari.. Berpuasalah di Bulan Ramadhan.. Tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu.. Dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu..

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.. Kamu semua adalah sama.. Tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya.. Kecuali dalam taqwa dan amal soleh.. Ingatlah kamu akan mengadap Allah swt pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan.. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaan ku..

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepas ku.. Dan tidak akan lahir agama baru.. Oleh itu, wahai manusia.. Nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah disampaikan kepada kamu.. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya.. Nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.. Itulah Al-Quran dan Sunnahku..

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain.. Dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitulah seterusnya.. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kata ku ini dari mereka yang mendengar terus dariku..

Saksikanlah Ya Allh swt.. Bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hambaMu.."

Tuesday, 5 November 2013

Kelebihan 10 Muharram

Hai.. :')
Bismillah Hirrahman Nirrahim... :D

FawwazSecret dapat info ny dari ustazah FawwazSecret.. Bagus ustazah, sebab ingatkan bekas anak muridnya mengenai kelebihan 10 Muharram.. Sepertimana yang sudah sama-sama kita ketahui, FawwazSecret sudah ceritakan kisah-kisah yang tertulis dalam Surah Asy Syu'araa'.. Dan seperti yang telah kita ketahui jugak, hari 10 Muharram adalah Hari Asy Syu'araa'.. Setiap kelebihan pada Hari Asy Syu'araa' juga telah FawwazSecret ceritakan.. Dan sekarang sampai masa kita kongsikan pulak mengenai kelebihan sekiranya kita berpuasa pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asy Syu'araa'..

Antara kelebihan pahala yang akan kita perolehi jika berpuasa pada 10 Muharram adalah :-
  • Allah swt akan memberikan pahala 10 000 malaikat..
  • Allah swt akan memberikan pahala 10 000 orang Haji dan Umrah..
  • Allah swt akan memberikan pahala 10 000 orang mati syahid..
Banyak kan pahala yang kita akan perolehi sekiranya kita berpuasa pada hari Asy Syu'araa'.. Dan ada lagi beberapa kelebihan yang Allah swt berikan pada hari tersebut, iaitu :-
  • Allah swt akan menaikkan dengan rambut satu darjat bagi mereka-mereka yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asy Syu'araa'..
  • Allah swt telah letakkan pahala yang besar kepada mereka-mereka yang memberi makan berbuka puasa kepada mereka-mereka yang berpuasa pada hari tersebut.. Pahala besar itu adalah seolah mereka memberi makan berbuka puasa kepada semua umat Nabi Muhammad s.a.w...
Terlalu besar pahala yang Allah swt berikan kepada kita pada hari Asy Syu'araa' kan..
Sebenarnya, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda :-

"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asy Syu'araa' yakni 10 Muharram, maka Allah swt akan memberikan pahala 10 000 malaikat. Dan barangsiapa yang berpuasa pada hari Asy Syu'araa', maka akan diberikan pahala 10 000 orang Haji dan Umrah dan 10 000 orang mati syahid. Dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asy Syu'araa', maka Allah swt akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Asy Syu'araa', maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad s.a.w. dan mengenyangkan perut mereka. "

Ingat yea kawan-kawan..!! Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram telah kita ketahui.. Jom sama-sama kita berpuasa dan berbuat amal pada hari tersebut.. Moga-moga Allah swt memberikan pahala kepada kita seperti yang telah Nabi Muhammad s.a.w. sabdakan.. Amin.. :')

Kisah Menarik Surah Asy Syu'araa'

Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :')
Surah Asy Syu'araa' mempunyai 227 ayat yang tertulis dalam Juzuk yang ke-19 di dalam Al-Quran.. Surah Asy Syu'araa' bermaksud para penyair dan para penyair ini adalah para rasul kita.. Di dalam surah ini, Allah swt telah menyebutkan kepada kita mengenai Hari Asy Syu'araa' iaitu hari dimana Allah swt telah memberikan kehormatan kepada para-para Nabi kita.. Antara kisah-kisah para Nabi yang tertulis dalam surah ini adalah kisah Nabi Musa a.s. dengan Firaun, kisah Nabi Ibrahim a.s. dengan kaumnya, kisah Nabi Nuh a.s. dengan kaumnya, kisah Nabi Shaleh a.s. dengan kaumnya (Tsamud), kisah Nabi Hud a.s. dengan kaumnya ('Aad), kisah Nabi Luth a.s. dengan kaumnya, kisah Nabi Syuib a.s. dengan penduduk Aikah..

Tetapi secara ringkas FawwazSecret kan ceritakan mengenai surah ini.. Dan FawwazSecret akan tekankan mengenai kelebihan Hari Asy Syu'araa' sahaja.. Untuk pengetahuan kita bersama, hari tersebut dinamakan Hari Asy Syu'araa' kerana jatuh pada 10 Muharram.. Dan 10 kehormatan yang telah Allah swt berikan pada para Nabi kita adalah :-
  1. Allh swt menerima taubat Nabi Adam a.s..
  2. Allah swt menaikkan darjat Nabi Idris a.s..
  3. Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s..
  4. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan dan diangkat sebagai Kholilullah serta diselamatkan dari api..
  5. Allah swt menerima taubat Nabi Daud a.s..
  6. Allah swt mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit..
  7. Allah swt menyelamatkan Nabi Musa a.s..
  8. Allah menenggelamkan Fir'aun..
  9. Allah swt mengeluarkan Nabi Yunus a.s. dari perut ikan..
  10. Allah swt mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s..
Beberapa kelebihan yang berlaku pada hari Asy Syu'araa juga tertulis didalam surah ini iaitu :-
  • Allah swt telah menjadikan langit dan bumi..
  • Allah swt telah menjadikan Adam dan Hawa..
  • Allah swt telah menjadikan syurga serta memasukkan Adam a.s. di syurga..
  • Allah swt  telah menyembuhkan bala Nabi Ayyub a.s...
  • Allah swt menjadikan tongkat Nabi Musa a.s. seekor ular besar yang mampu menelan segala sihir yang dilemparkan oleh ahli-ahli sihir kaum Fir'aun..
  • Allah swt akan mendatangkan hari Kiamat juga pada hari Asy Syu'araa'..
Sebenarnya Surah Asy Syu'araa' ditulis untuk menghiburkan hati Rasulullah s.a.w. serta hati kaum muslimin yang ingin mengetahui kisah para Nabi kita.. Allah swt telah memberi penjelasan kepada kita dalam Surah Asy Syu'araa'.. Dimana pada ketika dulu, walaupun para Nabi kita mengalami penderitaan hidup dan permusuhan dari kaumnya, tetapi pada akhirnya para-para Nabi kita tetap memperolehi kemenangan.. Manakala lawan-lawan para Nabi kita mengalami kehancuran..

Bersamalah kita renungi.. Kebinasaan dan kehancuran suatu bangsa atau suatu umat itu terjadi adalah kerana kita meninggalkan segala petunjuk agama yang telah Allah swt berikan.. Seperti apa yang sedang berlaku dalam kehidupan kita sekarang, FawwazSecret berikan satu contoh, mengenai tumbuh-tumbuhan.. Kita melihat setiap tumbuh-tumbuhan itu hidup, terbentuk dalam bermacam bentuk, melahirkan beraneka warna dan ragam serta perubahan-perubahan yang berlaku terhadap setiap tumbuhan tersebut.. Wujudnya tumbuh-tumbuhan tersebut adalah bukti bahawa Allah swt itu Maha Esa..

Dan sepertimana yang kita ketahui, Surah Asy Syu'araa' juga telah tertulis bahawa Allah swt telah memberikan segala petunjuk kehidupan itu kepada pemimpin kita yang terdahulu, agar bersikap lemah lembut dalam menyampaikan segala ilmu kepada pengikut-pengikutnya.. Segalanya Allah swt telah tuliskan kepada kita.. Jadi mengapa di zaman sekarang, kita tidak mampu untuk bersikap lemah lembut diantara kita sesama umat sepertimana yang telah para-para Nabi kita lakukan terhadap para pengikutnya..?? Renung-renungkan.. :')

Monday, 4 November 2013

Rahsia Kehidupan

Hai.. :')
Bismillah Hirrahman Nirrahim..
Hari ny FawwazSecret nak berkongsi satu ilmu yang sepatutnya berjalan dalam kehidupan seharian kita.. Contohnya solat lima waktu.. Mengaji ayat-ayat suci Quran.. Rasanya tak perlu untuk FawwazSecret terangkan betapa pentingnya Al-Quran dalam hidup kita.. Sepertimana yang kita semua ketahui.. Apa saja yang berlaku dalam kehidupan seharian kita sebenarnya sudah pun Allah swt tuliskan dalam Al-Quran.. Sememangnya kita manusia hanya mampu merancang, dan Allah swt yang menentukan segalanya.. Tetapi sebenarnya Allah swt tidak kejam dengan hambaNya.. Kenapa..?? Kerana Allah swt tak pernah sesekali menyembunyikan apapun yang bakal terjadi dalam kehidupan hamba-hamba-Nya.. Sebenarnya kita mampu melihat masa depan kita.. Kerana semuanya tertulis Al-Quran.. Satu demi satu apa yang sedang terjadi dan apa yang bakal terjadi..

Sebagai contoh.. Pernah terjadi dalam kehidupan Mummy FawwazSecret sendiri.. Dimana FawwazSecret dapat cerita ny dari Daddy FawwazSecret.. Masa tuh kehidupan Mummy Daddy FawwazSecret berlaku sedikit kerumitan.. Biasalah sesiapapun ada kerumitan kehidupan sendiri.. Daddy FawwazSecret menerima laporan dari seorang rakannya yang mengatakan bahawa ada beberapa orang hamba Allah swt ny telah menggelar Mummy sebagai "BIDADARI".. Dalam hati Daddy, "ALHAMDULILLAH".. Tapi jauh di sudut hati Daddy, Daddy inginkan bukti.. Masa tuh Mummy sedang asyik dengan twitter dia.. Rakan Daddy menunjukkan bukti dimana beberapa orang hamba Allah swt ny mempersendakan apa yang di tweet oleh Mummy.. Sedangkan tweet Mummy sedang memuji ayat-ayat Allah swt.. Dan pada masa tersebut, ada seorang hamba Allah swt bertanyakan rahsia kecantikan Mummy.. Tapi Mummy tak tahu apa rahsianya.. Jadi Mummy cuma menjawab, "Jangan tinggal solat dan rajinlah mengaji Quran".. Beberapa hari selepas itu.. Beberapa orang hamba Allah swt ny sedang berbual mempersenda Mummy.. Dan sendaan mereka itu dilihat oleh salah seorang rakan Daddy.. Demi menjaga aib mereka, FawwazSecret tak dibenarkan untuk print screen kutukan mereka pada Mummy.. Tetapi FawwazSecret hanya dibenarkan untuk menulis semula dialog kutukan tersebut..
Hamba Allah I : Tudia bidadari tweet dah..
Hamba Allah II : Takda masa aku nak stalk dia.. Baik aku mengaji Quran..
Hamba Allah I : Perli baik..
Hamba Allah II : Itu kan rahsia kecantikan aku..

Sendaan di atas bukankah itu memperolokkan ayat-ayat suci Allah swt.. Tapi Allah swt ini Maha Adil, Maha Mengerti juga Maha Mengasihi.. Allah swt buktikan kepada Mummy dalam Surah Al-Kahfi dimana dalam surah itu ada menyebutkan cerita seorang yang mengagungkan ayat suci Allah swt dengan seorang lagi memperolokkan ayat suci Allah swt.. Jelas sekali.. Kehidupan kita sebenarnya tertulis dalam Al-Quran.. Cuma kita sendiri tak ingin melihat kehidupan kita sendiri.. Seolah kita tidak dapat menerima apa yang bakal jadi pada kehidupan kita kelak..

Sepertimana yang berlaku dalam kehidupan Mummy Daddy sebenarnya ia jugak berlaku dalam kehidupan kita yang lain.. Kalau kita berani untuk melihat apa yang bakal terjadi.. InsyaAllah Allah swt akan lindungi kita.. Dan kita sebenarnya bukan hanya mampu merancang, dan Allah swt yang menentukan.. Tetapi kita juga mampu merancang dan menentukan.. Dengan syarat, lihat dahulu apa yang Allah swt sudah tetapkan untuk kehidupan kita di hadapan.. Dan yang pastinya, segalanya tertulis di dalam Al-Quran..

Di dalam Al-Quran, jugak di dalam surah-surah yang lain.. Allah swt telah menetapkan bagi kita sesuatu yang baik jugak sesuatu yang buruk.. Contohnya kita nak menyambut Raya AidilAdha, semuanya tertulis dalam Surah Al-Hajj.. Contoh lagi ketika kita menerima kutukan ataupun kita sedang asyik mengutuk orang, itu jugak tertulis dalam Surah Al-Kahfi.. Contoh lagi cara terbaik untuk kita redha menerima penghinaan orang, semuanya tertulis dalam Surah Al-Israa'.. Dan sekarang.. Sepertimana yang kita semua ketahui.. Esok adalah hari Awal Muharram.. Kisah Muharram jugak tertulis dalam Surah Asy Syu'araa'.. Nampak tak..?? Apa yang sedang berlaku dan apa yang bakal berlaku dalam kehidupan seharian kita sebenarnya telah pun Allah swt tuliskan untuk kita ketahui.. Bukannya Allah swt sembunyikan dari kita.. Allah swt tidak kejam dengan hamba-hambaNya.. Tetapi hamba-hambaNya sahaja yang kejam kerana tidak ingin menilai setiap satu yang telah Dia kurniakan pada kita.. Jadi, jelas sekali bahawa, kehidupan seharian kita sebenarnya telah tertulis dalam Al-Quran.. Demi mengelak segala permusuhan dan demi menjaga segala kebaikan.. Sama-samalah kita memegang kitab suci Al-Quran kita.. Dan jangan lupa untuk membaca, memahami serta menilai setiap ayat-ayat suci Al-Quran tersebut..

 Salam Awal Muharram,
FawwazSecret

Sunday, 3 November 2013

Gotong Royong

Hai.. :D
Untuk post hari ny, FawwazSecret ada cerita dari Mummy Daddy sekeluarga.. Mummy Daddy sekeluarga adakan gotong royong di rumah diorang hari ny.. Sebenarnya gotong royong yang diorang adakan ny bermula selepas Asar semalam.. Tapi disebabkan petang, masanya terlalu singkat, jadi masing-masing merancang untuk sambung gotong royong pada pagi ny..

Niat semalam semuanya nak bangun awal dan solat Subuh berjemaah.. Tapi semuanya tak bangun  awal disebabkan keletihan.. Merancang nak ber-jogging pagi ny pon tak menjadi.. Seawal jam 8pagi, Mummy dan Mama bergerak keluar dari rumah untuk mencari makan.. Pulangnya diorang di rumah.. Diorang sarapan pagi bersama yang lain.. Lepas sarapan, bermula lah gotong royong diorang..

Daddy dan Mama, sibuk kemaskan barang-barang kusyen yang Poksu tinggalkan.. Abe masa tuh tak bangun lagi.. Mummy dan Kakak pulak membersih halaman di bahagian depan garaj.. Allisya dan Sya pulak bermain di buaian.. Selepas beberapa minit, Mummy dengan Daddy berlumba-lumba nak masuk tandas.. Sebab masing-masing terasa nak membuang air besar.. Bergaduh dulu diorang depan tandas..
Daddy : Abh masuk dulu, ma..
Mummy : Lady's first okey..
Daddy : Ma, abh tak tahan..
Mummy : Hish !! Pungkoq cap apa entah dia ny.. (sambil tampar punggung Daddy)

Mummy keluar dan tolong Mama.. Masa tuh Abe dah bangun.. Abe tunggu nak mandi.. Selepas Daddy keluar dari tandas.. Abe pon masuk mandi.. Daddy sambung kerjanya bersama Mama manakala Mummy sambung semula kerjanya bersama Kakak.. Selepas beberapa minit, perut Mummy mula buat hal.. Lalu Mummy terus bergegas ke tandas.. Selepas selesai semua.. Mummy keluar untuk sambung semula kerjanya..
Daddy : Haa gena.. Keluar da..??
Mummy : Ha dah..!!
Daddy : Eeii.. Abeh semua taik..??
Mummy : Ada lagi.. Simpan petang pulak..
Mama : Hampa dua ny loklaq sungguh laa...
Mummy Daddy saling berpandangan.. Lalu buat mimit muka yang entah apa-apa..
Tetiba Mummy Daddy gelak besar serentak..
Mama : Haa!! Awat pulak dah..??
Disebabkan malu, Mummy Daddy diam dan teruskan kerja masing-masing..

Bila semuanya hampir siap mengemas..
Mama : Wani masak hari ny nah..
Mummy : Okey ma..
Mama : Kakak bawak kak wani pi beli apa dia nak masak..
Kakak : Duit, ma..??
Mama : Satg nak pi, habaq lain..
Selepas beberapa minit, Mummy snap beberapa gambar..


Daddy : Kerja dy tangkap gambar Abe.. Gambar kita dak pon..
Abe : Hehehe.. (gelak Spungebob)
Mummy : Alololo budak nomey ny.. Meh-meh kita tangkap gmbar dy..
Daddy : Tamo ah.. Tangkap lah gambar Abe tuh..


Kemudian, Mummy snap gambar Mama..


Mama : Haa tadi tak tangkap gambar..
Daddy : Entah dy ny.. La baru nak gedik..
Mama : Patut tangkap tadi ny.. Masa semak.. Pastuh tangkap pulak bila dah kemas elok..
Mummy : Mama tak suruh..
Mama : Ny pun Mama tak suruh, wani buat..



Mama : Amboi depa dok berdating sedia..
Daddy : Benda ada..
Mama : Elok pulak letak kerusi depan ny.. Kerap pulak ampa ber-dating..
Daddy : Uisshh.. Boleh sangat..
Mama : Ny kot aku panggil pejabat agama suruh meh tangkap khalwat..
Mummy : Hahahhaa.. :D Mama buat lawak..
Daddy : Entah ma ny.. Panggil lah.. Kami takpa..
Mama : Takpa, tak baik ampa buat orang tua-tua lagu ny..
            Lekas wani, kita nak makan nasi pulak ny..

Mummy bangun dari duduk bersama Daddy.. Sebelum Mummy bergerak masuk ke dalam rumah bersama Kakak, Mummy berbual dulu dengan Mama.. Soal duit dimana letaknya.. Masakan apa yang nak dimasak untuk tengaharinya.. Daddy yang masih di sofa, sempat snapkan kenangan Mummy bersama Mama..


Bergerak Mummy ke dalam rumah bersama Kakak..
Masa tuh Sya sedang bermain bersama Allisya dalam bilik..


Selepas beberapa minit. Mummy dan Kakak pulak nak bersnap kenang-kenangan diorang..


Selesai bersnap satu gambar, Mummy dan Kakak pon bergerak ke kedai untuk beli ikan, sayur serta ulaman pilihan Mummy.. Pada masa tuh, Daddy dan Mama tak henti membersihkan halaman rumah.. Selesai membeli semua Mummy dan Kakak bergerak pulang ke rumah.. Sesampai di rumah, dilihatnya Mummy, Mama dan Daddy belum siap mengemas.. Sambil Mummy bergerak masuk ke dalam rumah, Mummy pon sengaja usik-usik mengarah Mama dengan Daddy buat kerja..


Mama : Amboi budak ny..
Daddy : Ma, nak ikot..
Mummy : Haa jom-jom..
Tinggallah Mama sambung mengemas dengan Abe..

Mummy masa tuh mula lah bukak semua nak masuk dapur.. Daddy nak manja-manja.. Nak kena suap makan la apa la.. Sampai last-last, Daddy mengadu nak tidur.. Tidur lah Daddy dekat dengan dapur, menunggu Mummy.. Selepas selesai masak semua.. Mama dan Abe masuk rumah..
Mama : Ish-ish!! Sikit tuh pon lena dah..
Abe : Ish-ish!! Lama tuh tak sudah masak lagi.. Buat apa haa..
Diam jea Mummy.. Siap masak semua.. Mummy kejutkan Daddy ajak ambil angin kat luar rumah.. Beberapa minit lepas tuh, Mama pun keluar jugak..
Mama : Sudah dah masak..??
Mummy : Dak pon..
Mama : Jangan main-main la.. Ma lapaq ny.. Pi angkat meh hidang kat luar..
Mummy : Tamo..
Mama : Hish, budak ny..
Daddy : Lekas ma.. Satgi darah mama naik..
Mama cuma bergurau..

Selesai makan semua.. Daddy dan Abe berhajat untuk baiki motorsikal diorang.. Mummy pulak masa tuh masuk mandi.. Sudah mandi, Mummy kemaskan rambut Sya yang kusut..
Mummy : Lepas ny jangan bukak dandan yang kak wani buat..
Sya mengangguk..
Mummy : Mandi pon biaq ja.. Sudah mandi, lap-lap ja rambut ny..
Sya mengangguk tanda mengiakan kata-kata Mummy..
Mummy : Hujung minggu kak wani bukak nak syampoo..
Sya : Nanti kalau kakik myra nak bukak..??
Mummy : Bukak nak buat apa..??
Sya : Dia nak sikat..
Mummy : Bagi lah.. Tapi suruh dia dandan balik..
Sya : Kalau dia tanya..??
Mummy : Habaq kata takda orang jaga rambut Sya.. Nanti kusut pulak..
Sya mengangguk saja apa yang Mummy cakapkan..

Beberapa minit selepas tuh.. Adik sampai..
Adik : Ma, nasik ada ma.. Dua hari dah tak makan..
Mama : Uishh jangan dok habaq macam tuh.. Malu kat orang..
Adik : Betoi ma.. Makan daging burger ja..
Mama : Ada lagi wani..??
Mummy : Ada semua dok atas meja.. Ikan ja la takda..
Adik : Pi goreng sat Kakak..
Kakak : Goreng sat kak wani..
Mummy : Tamo.. Bukan kak wani nak makan..

Beberapa minit selepas tuh Adik berbual dengan Mama soal menikah.. Entah apa yang dibual Mummy pon malas nak dengar.. Pekakkan telinga.. Yang Mummy dengar Mama cakap, "kalau tak boleh nak baik-baik semua, pakai tak payah dengan orang Johor".. Hurm.. Mummy mendiamkan diri.. Malas nak masuk campur.. Mummy baring sebelah Mama sambil menghadap ke luar rumah memerhatikan Daddy.. Beberapa minit selepas tuh, Kakak ikut Adik untuk kemaskan rumah Nenek.. Sebab Nenek dah call yang dia mungkin sampai malam ny.. Mummy terus baring, hampir terlelap.. Tetiba Dikbie sampai..
Dikbie : Assalamualaikum..
Mama : Waalaikumussalam..
Dikbie : Kangah, tak jadi baik ka..??
Mummy : Sorry terlelap sat..
Mama : Wani nak balik dah..??
Mummy : Erm ma..
Bergerak keluar Mummy.. Daddy pulak berdrama menghalang Mummy pulang..
Hisyam dan Abe memerhati gelagat Mummy Daddy..
Daddy : Jangan balik, ma..
Mummy : Awat..
Daddy : Tak boleh lagi..
Mummy : Nak boleh apa..
Daddy : Tak poik lagi..
Mummy : Nak poik apa abh..?? Dengan poen berdarah..
Hisyam, Abe dan Daddy gelak besar dengan kata-kata Mummy..
Daddy : Loklaq noh kak wani..
Mummy : Sorry la.. Dok sini pakat ajaq lucah banyak..
Hisyam : Takpa ah.. Biasa dah.. Kita-kita ja..
Abe pulak tak habis-habis dengan gelak Spongebob dia..
Daddy : Ma, rindu.. Ma meh sini balik nah..
Mummy : Nak pi mana..??
Daddy : Nak dok dengan ma..
Mummy : Tak leyh lama-lama.. Nanti tok balik..
Daddy : Takpa ma meh nah..
Mummy : Ya, ya..
Daddy : Cepat nah..
Mummy : Ya, abh..

Selepas setengah jam berlalu.. Mummy sampai semula ke rumah Daddy.. Daddy rindu sangat dengan Mummy.. Berehat sebentar diorang dalam rumah.. Mama masa tuh baru nak solat Asar.. Kakak sedang mengemas di rumah Nenek.. Sya tidur.. Allisya dah pulang.. Hisyam dan Abe pulak sedang baiki motorsikal.. Mummy Daddy bermanja-manja kejap.. Selepas pada tuh, Mama keluar sambung membersihkan halaman rumah sebelah sliding.. Mummy Daddy bersiap untuk keluar.. Bila dah senja, Mummy Daddy buat keputusan untuk pulang.. Mummy taknak bermalam lagi dah dengan Daddy.. Dan malam ny, Mummy Daddy cuma sms rindu..

Gotong royong Mummy Daddy sekeluarga dari pagi sampai petang, takda siapa pun yang terasa letih.. Mama mengatakan bahawa gotong royong ny adalah ujian pertama untuk Mummy.. Tapi Mama senyum dan hanya mampu berkata, "Patut wani cekap.." selepas Mummy menjawab, "Wani dah biasa dengan kerja-kerja macam ny, ma.. Ny bukan ujian bagi Wani.." Berkemungkinan Mama terasa selepas ny takkan ada lagi ujian untuk Mummy.. Takut kalau yang lainnya juga, Mummy dah biasa buat.. Apapun gotong royong Mummy Daddy sekeluarga hari ny tetap best.. Dan tahniah untuk kecerahan halaman rumah.. A+ A+ A+ :D

Saturday, 2 November 2013

Mummy "Pemalas"

Hai.. :D
Hari ny FawwazSecret ada cerita Mummy Daddy.. Tapi ceritanya biasa-biasa saja.. Pepagi tadi Mummy bangun lewat.. Daddy pon bangun sesama dengan Mummy.. Bila ke dapur tengok Mama macam rileks jea..
Sekali Mama tanya Kakak..
Mama : Kakak, nak buat nasi lemak dak hari ny..??
Kakak : Tak payah lah ma..
Mama : Tak payah pulak..
Mummy pon buat lambat-lambat mandi.. Mama sibuk buat ucur untuk anak Cik Nik..

Tepat jam 2petang macam tuh..
Mama : Haa baru nak keluar..??
Mummy senyum jea..
Mummy : Tak buat nasik ka..??
Mama : Dah kakak tamo.. Ma tak buat lah..
Mummy : Nak masak apa makan tengahari..??
Mama : Nak petang dah pon..
Dengan tak semena, Mummy tampar bahu Mama.. Mama senyum jea ke Mummy..
Mummy : Elok-elok lah ma.
Mama : Nak buat terung masak lemak.. Wani makan..??
Mummy : Tak pernah makan.. Takpa.. Ma buat, wani belajar..
Mama : Ha takpa, amik semua ny sedia.. Satg ma tunjuk..

Selepas selesai masak semua, Mummy dan Daddy sekeluarga bersama Alisya makan tengahari bersama.. Makan tengahari diorang jadi makan petang.. Haha.. :D Selesai makan semua masa tuh dah jam 3.45petang.. Mummy dah terbaring depan tv.. Kakak menyimpan di dapur.. Sebab Mama tak bagi Mummy mencuci.. Risau akan jari Mummy tuh.. Kemudian Daddy sekeluarga bergegas untuk solat Zohor berjemaah.. Masa tuh Mummy ada kat ruang tamu.. Mummy berbaring sebab Mummy bendera merah.. Selepas selesai semua solat berjemaah, masing-masing menunggu masuknya waktu solat Isya'.. Tapi sebelum diorang solat, diorang datang bersembang di bilik Mummy sedang berehat..


Haa.. Ini gambar Daddy dengan Abe.. Berbual soal ekzos motorsikal diorang.. Masa diorang leka berbual, sempat Mummy rakamkan video diorang.. Mummy masa tuh asyik baring saja.. Mama dengan adik-adik ada depan tv.. Masa Mummy nak ulang semula video yang dirakamkan.. Daddy, Abe, Kakak, dan Mama datang berbaring sekali untuk tengok video tuh.. Sayang lah video tuh tak dapat nak upload.. Sama Mummy nak usap rambut dia, tetiba tangan Mummy terkena tangan Daddy.. Alamatnya batal wuduk Daddy.. Kesian Daddy.. Tuh lah.. Dah tau ada wuduk, nak dekat-dekat dengan Mummy lagi..

Beberapa minit selepas tuh, Daddy sekeluarga solat Asar berjemaah.. Mummy pulak sambung tidur di bilik tamu sampai jam 5petang.. Kemudian Kakak kejutkan sebab Mama nak simpan bilik stor.. Mummy pon bangun.. Ingatkan Mummy kena tolong Mama.. Rupanya Mama suruh Mummy jaga kucing saja.. Mama cakap, Mummy tak boleh buat kerja berat.. Hurm.. Bosan lah Mummy.. Disebabkan lapar, Mama mintak Kakak sediakan makan petang.. Mummy..?? Tetap berehat macam biasa.. Kalau tahu, Mummy tidur pon takpa.. Beberapa minit selepas tuh, Mummy snapkan beberapa gambar untuk hilangkan bosannya..




Bila dah dekat senja.. Mummy masuk dalam rumah dan sediakan makan malam diorang.. Itu saja cerita Mummy Daddy yang FawwazSecret nak sampaikan.. Tak menarik..?? Tak menarik pon takpa.. Inikan kenangan Mummy Daddy sekeluarga.. Jangan kata apa-apa.. Senyum jea.. Itu yang terbaik.. Bye.. :D