Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :-)
FawwazSecret mohon maaf sekiranya ada salah silap dalam menyampaikan cerita Mummy Daddy..
Seawal pagi Mummy Daddy bangun untuk ber-jogging.. Adik Safiya kelihatan ingin mengikuti Mummy Daddy.. Tak mungkin lah bagi Mummy Daddy untuk bawa adik Safiya ber-jogging.. Mummy Daddy buat keputusan untuk menghantar adik Safiya bersama Kakak ke rumah Tok.. Sebelum menghantar, Mummy bersihkan muka adik Safiya.. Mana taknya, muka adik Safiya penuh dengan dakwat pen berwarna biru.. Sayangnya Mummy tak snapkan.. Mummy cuci sampai bersih, lepas tuh Mummy letakkan adik Safiya naik skuter.. Daddy pulak amik kesempatan dengan letakkan helmet besar pada adik Safiya.. Sempat Mummy snapkan..
"tengok sini, sayang"
Comel kan..?? Memang comel lah.. Sebam bawah mata adik Safiya dah hilang sebab dapat tidur secukupnya.. Macam tuh lah baru babygirl.. Tidur cukup.. Bukannya sis girl.. Pentingkan kerja sampaikan terabai kesihatan dan kecantikan diri (sesetengah sahaja).. Sesekali adik Safiya terasa nak jatuh dari skuter.. Terus adik Safiya pandang Daddy.. Tapi semuanya ketawakan adik Safiya..
"alorhh, teciannya kat dia"
Sesampai hantarkan adik Safiya dengan Kakak ke rumah Tok, Mummy bertanya pada adik Safiya, "tak sayang kak wani?" Adik Safiya terus berlari anak menghampiri Mummy.. Adik Safiya salam dan cium pipi Mummy kiri dan kanan.. Sekali lagi Mummy cakap, "tak peluk pun" Lantas adik Safiya memeluk erat tubuh Mummy.. Kemudian beredarlah Mummy disusuli lambaian adik Safiya..
Mummy dan Daddy bergerak ke Denai Larian untuk berjogging.. Sepanjang larian, Mummy Daddy fokus untuk penuhi target sebenarnya.. Bila selesai ber-jogging, Mummy Daddy sempat ber-snap di atas titi gantung Denai Larian tersebut.. Masa ny, Mummy Daddy masing-masing keletihan..
"Daddy masa awal nak naik titi gantung"
"Mummy masa nak turun dari titi gantung"
Nampak seoalah hidup kan gambar Mummy Daddy.. Memang hidup pon.. Hehe.. :D
Masa Mummy Daddy bergerak menuju ke skuter, ada beberapa orang budak asyik perhatikan gelagat Mummy Daddy yang sedang bertumbuk, bertampar sampaikan main sepak-sepak pulak.. Tapi Mummy Daddy hanya bergurau.. Pelik kan sikap Mummy Daddy.. Masa menunggang pulak, Daddy sengaja bergerak ke kanan dan ke kiri, seolah orang mabuk yang menunggang skuter.. Disebabkan Mummy takut, Mummy memeluk erat tubuh Daddy.. Ouh.. So sweet.. :-)
Sesampai Mummy Daddy di rumah, masing-masing ambilkan beg dan helmet untuk bersarapan pagi di gerai yang berdekatan.. Selepas selesai jea bersarapan pagi, Mummy Daddy seperti biasa rutin pagi mereka, berehat di tempat kerja.. Sesampai tempat kerja, Mummy macam biasa on twitter dia.. Daddy pulak terbaring kekenyangan.. Beberapa minit selepas tuh, Mummy dah bersedia untuk mulakan kerja dan Daddy pulak berangkat pulang untuk memulakan kerja tengaharinya, membantu Mama.. Apabila hari sudah menjelang petang, masa Mummy dan Daddy bekerja sudah pon berakhir.. Daddy seperti biasa, kena ambilkan Mummy pulang.. Dan begitu lah hari-hari seterusnya..
"Ada lagi ny cerita yang berkaitan dengan adik Safiya walaupun sedikit..
Nanti FawwazSecret update-kan lagi yea.. Bbye.."
No comments:
Post a Comment