بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Friday, 29 November 2013

Adik Tecik Safiya VII

Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :-)
FawwazSecret mohon maaf sekiranya ada salah silap dalam menyampaikan sambungan cerita Mummy Daddy..

Cerita Ahad, 24 Nov dimana hari ny Mummy holiday.. Kebiasaannya hari Ahad Mummy sedikit sibuk, seawal pagi bangun untuk beri makan pada ayam, kucing dan burung merpati peliharaannya.. Selepas selesai semua Mummy sambung tidur.. Tapi tak lama, dalam jam 9pagi Mummy bangun semula untuk beli ikan dan sayuran di Pasar Tani.. Itu rutin pagi Mummy.. Daddy pulak seawal pagi bangun mencari makan.. Bila dilihatnya tiada makanan, bergerak keluar lah Daddy bersama Kakak dan adik Safiya ke rumah Tok.. Sesampai di rumah Tok, motor mereka kehabisan minyak.. Jadi Daddy buat keputusan untuk menelefon Mummy.. Sayangnya Mummy masa tuh sedang sibuk memasak bubur untuk adik Safiya.. Jadi Daddy buat keputusan menunggu sehingga Mummy datang..

Tepat jam 1.15tengahari, Mummy sampai di rumah Tok lalu membawa Daddy dan adik Safiya pulang.. Adik Safiya membuat pelbagai kerenah yang Mummy sendiri tak pernah tengok sikap adik Safiya.. Sekali Mama bersuara, "dia nak tidur tuh wani".. Adik Safiya gayanya seperti tak selesa di rumah Mama.. Bila disoal, "nak balik kat umi?" Dia menggelengkan kepala.. Mummy mula tak faham dengan sikap adik Safiya, cepat memberontak.. Mummy bagi susu, adik Safiya taknak.. Tapi lastnya adik Safiya buka tin susu.. Daddy minta Mummy letakkan sedikit susu di dalam piring dan berikan saja pada adik Safiya.. Sempat di snap-kan kerenah adik Safiya..


Sesudah makan, adik Safiya bermain di hadapan pintu.. Kadang duduk termenung, kadang bangun.. Sempat jugak di-snapkan semasa adik Safiya bangun dan ingin masuk semula ke dalam rumah..


Selepas beberapa minit, adik Safiya mula buat perangai.. Mummy dah tak tahu cara terbaik untuk dilakukan.. Jadi, Mummy dukung adik Safiya dan letakkan dia dalam buaian.. Menangis dia sampai akhir sekali Mummy bagi susu dan berzikir "lailahaillallah" sehinggalah adik Safiya tidur.. Pada masa tuh Mama dan lainnya sedang bersiap untuk ke tempat kenduri.. Daddy pulak sibuk nak ke Air Hitam untuk setting motorsikal dia.. Abe pon nak ikut Daddy.. Sekarang satu-satunya yang ada di rumah hanya Mummy.. Jadi Mummy buat keputusan menunggu adik Safiya..

Apabila menjelang petang, Mummy bersama Kakak dan Kakcik Mira sibuk di dapur membuat cucur untuk makan petang.. Adik Safiya pulak main air seorang diri.. Mama sedang mandi manakala MakLang baru bangun dari tidur.. Mama dah pesan, "wani tolong tengok Safiya na".. Tapi Mummy tak sempat nak menjaga adik Safiya sebab tangan Mummy sebelah kanan penuh dengan tepung, tangan kiri sedang menggoreng.. Tak cukup tangan Mummy nak gunakan untuk adik Safiya.. Jadi Mummy meminta bantuan Kakcik Mira untuk bukak baju adik Safiya.. "bukak baju dia, dia main air tuh dia nak mandi kot, bagi dia mandi dalam tab dengan kakak", kata Mummy.. Sesudah adik Safiya mandi, Mama dan MakLang pon bergegas ke dapur untuk tengok Mummy menggoreng cucur.. Dalam masa yang sama adik Safiya nak Mummy suapkan dia cucur yang sudah digoreng.. Berulang alik Mummy dari menggoreng, menyuap adik Safiya sedangkan pada masa tuh Mama memerhati setiap tingkah Mummy sambil tersenyum.. Mana taknya, sebelah adik Safiya ada Mama, MakLang, Kakcik Mira tapi, Mummy juga yang adik Safiya inginkan.. Selesai menggoreng, mereka berhidang di luar rumah..

Dan apabila malam menjelma.. Sesudah Isya', Daddy dan Abe sampai di rumah.. Yang lainnya semua pergi rumah Tok.. Yang ada di rumah hanya Mama, Mummy, Daddy, MakLang dan adik Safiya.. Adik Safiya malam tuh dah lain.. Banyak termenung.. Mummy merasakan adik Safiya merindui suasana di rumahnya.. Mana taknya, di sana adik Safiya lebih bebas melakukan apa saja berbanding di sini, nak menyentuh apapun semuanya di tegur.. Lain orang lain caranya.. Lain orang lain penjagaannya.. Kebetulan ataupun mungkin tergerak hati keluarganya, pada malam tuh jugaklah keluarga adik Safiya datang menjemputnya pulang.. Pulang bersama rama-rama besar.. Selamat pulang adik Safiya..

"Kisah adik Safiya berakhir sampai sini.."
"Kalau ada lagi, FawwazSecret bersenang hati untuk bercerita lagi.."

No comments: