Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :-)
FawwazSecret mohon maaf sekiranya ada salah silap dalam menyampaikan cerita Mummy Daddy.. Ini pulak sambungan cerita semalam nya..
Pepagi Mummy bergerak menuju ke tempat kerja seorang diri.. Pagi ny Mummy tak nak ganggu Daddy sebabnya adik Safiya ada di rumah Mama.. Tetiba dalam jam 10pagi, Daddy menelefon Mummy, "ma dok mana".. "ma kat tempat kerja laa", jawab Mummy.. Daddy menyahut Mummy, "abh nak makan pagi dengan ma, awat ma tak call suruh abh hantaq ma".. Jawab Mummy untuk senangkan hati Daddy, "adik Safiya ada kan, satgi Mama nak pi cari barang, sapa nak jaga adik".. Daddy terasa dengan kata-kata Mummy sebab kebiasaannya di pagi hari, Mummy dan Daddy bersarapan bersama.. Tapi pagi ny lain pulak jadinya.. Selalunya kalau adik Safiya ada sekalipun, Mummy tetap akan call nak Daddy hantarkan dia ke tempat kerja dan bersarapan pagi bersama.. Tapi, lain pula cara Mummy hari ny..
Bila sampai waktu tengahari, Daddy menelefon Mummy sekali lagi.. "ma, adik nak cakap tipon dengan ma".. Adik Safiya lantas memegang fon lalu berbual dengan Mummy.. Apa yang dibualkannya pon Mummy tak berapa nak faham.. Yang Mummy faham adik Safiya cuba mengatakan bahawa orang sering mengganggu dia sebab adik Safiya cuba berkata begini, "wang acau".. Biasalah bahasa budak-budak kan.. Hee.. Mama tetiba menyampuk di belakang, "Safiya cakap dengan sapa tuh, perasan orang sayang dia, takda sapa sayang dia aih".. Adik Safiya tetiba mendiamkan diri.. Mummy cuba bertanya kan adik Safiya, "kita keluar petang nak, naik moto".. Tiada suara yang menjawab.. Tetiba Daddy bersuara, "ma tanya apa, adik dok angguk, senyum sorang-sorang".. "ma ajak dia kuar petang ny", jawab Mummy.. Daddy mengiakan kata Mummy, "laa ingatkan apa dia dok angguk suka tak sangga".. Mummy menjawab, "takpalah abh, ma buat kerja dulu.. satgi petang kita jumpa".. "okey ma, bye, mwahx", lantas Daddy memutuskan talian telefon..
Hari menjelang petang.. Daddy menelefon Mummy, "ma dok mana.. kita tak jadi bawak adik ka.".. "sat abh, ma nak pi dah", jawab Mummy.. Sesampai Mummy di rumah Mama, kelihatan adik Safiya takda dengan Daddy.. Lalu Mummy bertanya, "mana adik".. "ada kat mama, kat kedai.. ma la lambat sangat", jawab Daddy.. Mummy senyum lalu jawab Mummy ke Daddy, "jom kita pi kat Mama.. adik mesti nak ikot ma punya".. Bergegas Mummy Daddy ke gerai Mama.. Sesampai Mummy Daddy di gerai, Mummy bersalaman dengan Mama.. Daddy pulak terkejar-kejar nakkan wang untuk belikan susu adik Safiya.. Cepat-cepat Mama jawab, "minta kat mak dia la, anak dia".. Mummy menghulurkan tangan pada adik Safiya.. Lantas adik Safiya memeluk Mummy.. Kakak datang menghampiri Mummy, "meh kat kakak".. Adik Safiya menggelengkan kepala.. Sekali Kakak katakan pada adik Safiya, "amboi, ada kak wani, dengan orang lain tamo dah".. Mama menjawab, "dia tau dah sapa sayang dia, bercakap tipon sampai orang lain tak boleh bercakap.. takda penah mau bercakap macam tuh".. Daddy bersuara, "lekas lah ma, kesian budak ny, susu pampers takda.. mana dengan puting botol pon berulat.. benda kecik tuh pon tak leh nak tukaq".. "haa nak buat lagu mana", jawab Mama.. Kakak menghampiri adik Safiya sekali lagi, "Safiya meh Kakak nak dukung".. "amau!!", jawab adik Safiya.. Mama menyahut, "dia tamo dah aih, dia buleh mak tiri dah, dia tamo dah kat orang lain".. Mummy kemudiannya senyum lalu bersuara, "jom lah abh, kita pi mobil amik duit, kita beli barang adik Safiya".. "haa pi-pi mak tiri nak beli semua", jawab Mama.. Amboi Mama.. Ini sudah melampaui batas, mungkin dalam hati Mummy berkata sedemikian..
Mummy Daddy merancang untuk ke Pasaraya CMart Arau.. Sebelum bergerak, Mummy pakaikan baju tebal untuk adik Safiya sebab cuaca masa tuh hampir senja dan sejuk.. Setibanya mereka bertiga di Pasaraya CMart, adik Safiya bukan main suka lagi nak berjalan.. Gayanya seperti tak sabar dah.. Hee.. Relax lah gugirl.. Mummy dukung adik Safiya sebab Mummy tak suka tengok adik Safiya berjalan walaupun adik Safiya suka dengan bunyi kasutnya.. Berjalan punya berjalan, bukan main suka adik Safiya bila Mummy membawanya ke kawasan barangan bayi.. Daddy senang melihat telatah Mummy dan adik Safiya.. Lantas Daddy snapkan beberapa gambar Mummy bersama adik Safiya..
Selesai shopping pampers, susu dan puting.. Tetiba Mummy bersuara, "abh, ma nak belikan adik baju dengan stokin".. Daddy menjawab, "hish ma ny nak beli macam-macam kat anak orang.. entah ka anak ma orang pijak jea mau ada".. "eh, mana ada orang berani pijak-pijak anak ma", jawab Mummy.. Daddy menyahut, "cakap besar".. "mana ada ma cakap besar.. memang takkan ada orang boleh pijak-pijak anak ma.. sebab ma bukan bagi anak ma kat merata orang".. Daddy menyahut, "pandai ma jawab noh".. "semestinyer", Mummy mengiakan kata-kata Daddy.. Tanpa melengahkan masa, Mummy Daddy bergegas ke kawasan pakaian bayi.. Adik Safiya bukan main suka bila Mummy Daddy pilihkan baju untuknya.. Kemudian Daddy bersuara, "ma beli apapun kita tak payah bagi dia bawak balik lah nah".. "memang tak bagi bawak balik pon.. entah ka nanti dia bakar baju yang ma beli".. Daddy terus memegang adik Safiya manakala Mummy menuju ke kaunter bayaran..
Selepas selesai membeli semua, Mummy Daddy menuju keluar dari pasaraya.. Mummy pakaikan adik Safiya stokin dan baju tebal.. Sepanjang perjalanan pulang, adik Safiya tak henti menyentuh mulut, hidung serta pipi Mummy.. Bila Mummy tanya berulang kali, "awat adik".. Adik Safiya berulang kali memberi senyuman hingga akhirnya adik Safiya bersuara, "duu".. Daddy mengatakan bahawa adik Safiya merindui Mummy.. Mummy berzikir, "subhanallah" untuk adik Safiya sehinggalah adik Safiya tertidur dalam pangkuan Mummy.. Sesampai Mummy Daddy di rumah Mama, Mummy tidurkan adik Safiya di dalam rumah.. Daddy pulak tak henti menyatakan sayang pada Mummy.. Sekali Daddy bersuara, "awat ma baik sangat dengan anak orang yang benci ma?".. Jawab Mummy, "alah, biaq la.. ma tamo tau dah sapa benci ka sapa kutuk ka".. Daddy sahut, "ma tau dak ma menang la ny".. Mummy hairan, "apa yang ma menang.. abh, dalam hidup ma takda istilah menang kalah, sebab ma tak berlumba dengan sesapa.. sudah la.. ma nak balik.. nanti tengah malam macam biasa nah".. "okey ma", jawab Daddy..
Beberapa minit selepas itu, Mama sampai di rumah.. Mama bertanyakan Daddy, "beli apa tadi".. "wani beli baju kat Safiya, bagi pakai stokin siap", jawab Daddy.. Mama memuji, "cantik baju Safiya, stokin pon cantik.. wani beli semua?".. "ya, awat ma", jawab Daddy.. Mama hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.. Jam di dinding menunjukkan tepat 11.30malam.. Mama bersuara, "puas Safiya lena".. Daddy menyahut, "wani bagi lena tadi".. Mama senyum lalu memuji, "pandai wani bagi tidur budak, lama dia tidur".. Daddy hanya tersenyum dan mendiamkan diri.. Selewat jam 12malam Daddy menelefon Mummy, seperti malam-malam yang lain.. Mummy bertanyakan adik Safiya.. Daddy bagitahu Mummy bahawa adik Safiya tak bangun, tidurnya nyenyak.. Mungkin sebab pakai stokin.. Jadi adik Safiya kurang alami kesejukan..
"Ada lagi cerita adik Safiya.. Tunggu cerita esoknya.."

No comments:
Post a Comment