بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Saturday, 2 November 2013

Mummy "Pemalas"

Hai.. :D
Hari ny FawwazSecret ada cerita Mummy Daddy.. Tapi ceritanya biasa-biasa saja.. Pepagi tadi Mummy bangun lewat.. Daddy pon bangun sesama dengan Mummy.. Bila ke dapur tengok Mama macam rileks jea..
Sekali Mama tanya Kakak..
Mama : Kakak, nak buat nasi lemak dak hari ny..??
Kakak : Tak payah lah ma..
Mama : Tak payah pulak..
Mummy pon buat lambat-lambat mandi.. Mama sibuk buat ucur untuk anak Cik Nik..

Tepat jam 2petang macam tuh..
Mama : Haa baru nak keluar..??
Mummy senyum jea..
Mummy : Tak buat nasik ka..??
Mama : Dah kakak tamo.. Ma tak buat lah..
Mummy : Nak masak apa makan tengahari..??
Mama : Nak petang dah pon..
Dengan tak semena, Mummy tampar bahu Mama.. Mama senyum jea ke Mummy..
Mummy : Elok-elok lah ma.
Mama : Nak buat terung masak lemak.. Wani makan..??
Mummy : Tak pernah makan.. Takpa.. Ma buat, wani belajar..
Mama : Ha takpa, amik semua ny sedia.. Satg ma tunjuk..

Selepas selesai masak semua, Mummy dan Daddy sekeluarga bersama Alisya makan tengahari bersama.. Makan tengahari diorang jadi makan petang.. Haha.. :D Selesai makan semua masa tuh dah jam 3.45petang.. Mummy dah terbaring depan tv.. Kakak menyimpan di dapur.. Sebab Mama tak bagi Mummy mencuci.. Risau akan jari Mummy tuh.. Kemudian Daddy sekeluarga bergegas untuk solat Zohor berjemaah.. Masa tuh Mummy ada kat ruang tamu.. Mummy berbaring sebab Mummy bendera merah.. Selepas selesai semua solat berjemaah, masing-masing menunggu masuknya waktu solat Isya'.. Tapi sebelum diorang solat, diorang datang bersembang di bilik Mummy sedang berehat..


Haa.. Ini gambar Daddy dengan Abe.. Berbual soal ekzos motorsikal diorang.. Masa diorang leka berbual, sempat Mummy rakamkan video diorang.. Mummy masa tuh asyik baring saja.. Mama dengan adik-adik ada depan tv.. Masa Mummy nak ulang semula video yang dirakamkan.. Daddy, Abe, Kakak, dan Mama datang berbaring sekali untuk tengok video tuh.. Sayang lah video tuh tak dapat nak upload.. Sama Mummy nak usap rambut dia, tetiba tangan Mummy terkena tangan Daddy.. Alamatnya batal wuduk Daddy.. Kesian Daddy.. Tuh lah.. Dah tau ada wuduk, nak dekat-dekat dengan Mummy lagi..

Beberapa minit selepas tuh, Daddy sekeluarga solat Asar berjemaah.. Mummy pulak sambung tidur di bilik tamu sampai jam 5petang.. Kemudian Kakak kejutkan sebab Mama nak simpan bilik stor.. Mummy pon bangun.. Ingatkan Mummy kena tolong Mama.. Rupanya Mama suruh Mummy jaga kucing saja.. Mama cakap, Mummy tak boleh buat kerja berat.. Hurm.. Bosan lah Mummy.. Disebabkan lapar, Mama mintak Kakak sediakan makan petang.. Mummy..?? Tetap berehat macam biasa.. Kalau tahu, Mummy tidur pon takpa.. Beberapa minit selepas tuh, Mummy snapkan beberapa gambar untuk hilangkan bosannya..




Bila dah dekat senja.. Mummy masuk dalam rumah dan sediakan makan malam diorang.. Itu saja cerita Mummy Daddy yang FawwazSecret nak sampaikan.. Tak menarik..?? Tak menarik pon takpa.. Inikan kenangan Mummy Daddy sekeluarga.. Jangan kata apa-apa.. Senyum jea.. Itu yang terbaik.. Bye.. :D

No comments: