بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Friday, 29 November 2013

Adik Tecik Safiya VI

Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :-)
FawwazSecret mohon maaf sekiranya ada salah silap dalam menyampaikan sambungan cerita Mummy Daddy..

Ceritanya 23 Nov, hari esoknya selepas Mummy tidurkan adik Safiya petang semalam.. Pagi ini, Mummy tetap tak mengganggu Daddy untuk hantarkannya ke tempat kerja.. Dalam jam 11pagi, Daddy menelefon Mummy menyatakan bahawa Daddy dah call PakCik yang nak ubatkan jari Mummy tuh.. Kiranya petang tuh Mummy kena balik awal.. Bila Daddy bertanyakan Mummy soal adik Safiya, Mummy menjawab, "kita bawak adik, tapi ma nak siap dia, tamo orang lain siap dia.. adik bangun dah?".. Daddy menjawab, "bangun dah, puas dia tidur.. 12jam.. pecah rekod.. haha".. "stokin bukak dak?", tanya Mummy.. "dak tak bukak, dy tamo bukak", jawab Daddy.. "takpalah jangan bagi stokin tuh kotor.. petang ny nak bagi dia pakai..", bagitahu Mummy kepada Daddy.. Daddy mengiakan kata-kata Mummy lalu memutuskan talian telefon..

Sampainya waktu petang, Mummy bergegas pulang menaiki honda.. Selesai mandi dan solat, Mummy berjumpa dengan Daddy dan adik Safiya di rumah Mama.. Sesampai Mummy di rumah Mama, adik Safiya sedang tidur.. Mummy cuba kejutkan adik Safiya, akhirnya terjaga juga dari tidur.. Tapi masih mengantuk.. Mummy abaikan lalu persiapkan segala perkakas adik Safiya.. Selesai semua Mummy bawak adik Safiya masuk ke dalam kereta.. Dengan tak semena adik Safiya muntah atas Mummy.. Daddy terkejut, "allah".. Terus adik Safiya menangis.. Mungkin adik Safiya takut dirinya dimarahi oleh Mummy mahupun Daddy.. Mummy bersuara, "abh amik air panas, cuci kusyen kereta ma.. adik takpa, biar ma urus".. Adik Safiya masih menangis sehinggalah Mummy memujuk dengan nada paling lembut, "adik, tamo teriak, adik tak salah.. meh kak basuh nah.. tamo teriak.. sayang kak wani kan".. Adik Safiya berhenti menangis lalu mencium pipi Mummy..

Selesai semua, Mummy masuk ke dalam rumah untuk mencuci kainnya yang kotor.. Manakala Daddy asyik dengan mencari seluar Mama untuk dipakaikan pada Mummy.. Tapi Mummy taknak.. Sesudah mencuci, Mummy mengeringkan kainnya lalu dipakai semula.. Adik Safiya jugak Mummy siapkan pada masa tuh.. Dipakaikan losyen baby, bedak dan minyak baby.. Sempat Mummy snapkan gambar sesudah adik Safiya bersiap..



Daddy pulak sibuk masukkan segala barang ke dalam kereta.. Sesudah siap semua, Daddy bersuara, "huh, rasa macam nak bawak family jalan jauh uh".. Hehe.. Ada-ada jea Daddy.. Semasa dalam perjalanan ke Makam Puteri Lindungan Bulan, Mummy Daddy sempat bersnap dalam kereta.. Sama jugak dengan adik Safiya.. Cuma gambar bertiga tak dapat yang terbaik..



Sesampai Mummy Daddy di rumah PakCik tersebut, PakCik bertanya, "anak sulung lah ny".. Mummy senyum.. Daddy menjawab, "ya".. "ouh bila pulak nak boleh numbor dua", tanya PakCik tersebut.. Mummy Daddy hanya tersenyum.. Memang Mummy Daddy punya aura ibu dan ayah.. Tahniah lah Mummy Daddy.. Semasa dalam perjalanan pulang,  adik Safiya nak buang stokin yang Mummy pakaikan.. Mummy tak ingin membukanya.. Lalu adik Safiya membuka dengan sendiri nya.. Hairan Mummy.. Kenapalah adik Safiya nak buka sangat stokin tuh.. Rupa-rupanya, adik Safiya nak letakkan kakinya pada air-cond.. Macam-macam kerenah adik Safiya sorang ny..

Sesampai Mummy Daddy di rumah Mama, Mummy Daddy berehat-rehat sebentar.. Tetiba Mama menghampiri Mummy, "meh nak tengok jari".. Dalam masa yang sama, MakLang dan Kakcik Mira sampai di rumah Mama.. Terus MakLang bersuara soal perkahwinan Mummy Daddy.. Mummy tak berminat nak mendengar lalu Mummy bersuara untuk pulang.. Tetiba adik Safiya nak ikut Mummy. Mummy pon bawak lah adik Safiya masuk ke dalam kereta, Daddy menyusul dari belakang.. Bila Mummy memujuk adik Safiya bahawa esok Mummy datang lagi, barulah adik Safiya setuju untuk ikut Daddy masuk ke dalam rumah.. Mummy pulang ke rumahnya.. Dan seperti biasa Daddy menelefon Mummy bila tepat jam 12malam..

"Ada lagi cerita esoknya.. Penghabisan cerita adik Safiya.."

No comments: