بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Tuesday, 5 November 2013

Kelebihan 10 Muharram

Hai.. :')
Bismillah Hirrahman Nirrahim... :D

FawwazSecret dapat info ny dari ustazah FawwazSecret.. Bagus ustazah, sebab ingatkan bekas anak muridnya mengenai kelebihan 10 Muharram.. Sepertimana yang sudah sama-sama kita ketahui, FawwazSecret sudah ceritakan kisah-kisah yang tertulis dalam Surah Asy Syu'araa'.. Dan seperti yang telah kita ketahui jugak, hari 10 Muharram adalah Hari Asy Syu'araa'.. Setiap kelebihan pada Hari Asy Syu'araa' juga telah FawwazSecret ceritakan.. Dan sekarang sampai masa kita kongsikan pulak mengenai kelebihan sekiranya kita berpuasa pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asy Syu'araa'..

Antara kelebihan pahala yang akan kita perolehi jika berpuasa pada 10 Muharram adalah :-
  • Allah swt akan memberikan pahala 10 000 malaikat..
  • Allah swt akan memberikan pahala 10 000 orang Haji dan Umrah..
  • Allah swt akan memberikan pahala 10 000 orang mati syahid..
Banyak kan pahala yang kita akan perolehi sekiranya kita berpuasa pada hari Asy Syu'araa'.. Dan ada lagi beberapa kelebihan yang Allah swt berikan pada hari tersebut, iaitu :-
  • Allah swt akan menaikkan dengan rambut satu darjat bagi mereka-mereka yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asy Syu'araa'..
  • Allah swt telah letakkan pahala yang besar kepada mereka-mereka yang memberi makan berbuka puasa kepada mereka-mereka yang berpuasa pada hari tersebut.. Pahala besar itu adalah seolah mereka memberi makan berbuka puasa kepada semua umat Nabi Muhammad s.a.w...
Terlalu besar pahala yang Allah swt berikan kepada kita pada hari Asy Syu'araa' kan..
Sebenarnya, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda :-

"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asy Syu'araa' yakni 10 Muharram, maka Allah swt akan memberikan pahala 10 000 malaikat. Dan barangsiapa yang berpuasa pada hari Asy Syu'araa', maka akan diberikan pahala 10 000 orang Haji dan Umrah dan 10 000 orang mati syahid. Dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asy Syu'araa', maka Allah swt akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Asy Syu'araa', maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad s.a.w. dan mengenyangkan perut mereka. "

Ingat yea kawan-kawan..!! Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram telah kita ketahui.. Jom sama-sama kita berpuasa dan berbuat amal pada hari tersebut.. Moga-moga Allah swt memberikan pahala kepada kita seperti yang telah Nabi Muhammad s.a.w. sabdakan.. Amin.. :')

No comments: