Hai.. :')
Bismillah Hirrahman Nirrahim..
Hari ny FawwazSecret nak berkongsi satu ilmu yang sepatutnya berjalan dalam kehidupan seharian kita.. Contohnya solat lima waktu.. Mengaji ayat-ayat suci Quran.. Rasanya tak perlu untuk FawwazSecret terangkan betapa pentingnya Al-Quran dalam hidup kita.. Sepertimana yang kita semua ketahui.. Apa saja yang berlaku dalam kehidupan seharian kita sebenarnya sudah pun Allah swt tuliskan dalam Al-Quran.. Sememangnya kita manusia hanya mampu merancang, dan Allah swt yang menentukan segalanya.. Tetapi sebenarnya Allah swt tidak kejam dengan hambaNya.. Kenapa..?? Kerana Allah swt tak pernah sesekali menyembunyikan apapun yang bakal terjadi dalam kehidupan hamba-hamba-Nya.. Sebenarnya kita mampu melihat masa depan kita.. Kerana semuanya tertulis Al-Quran.. Satu demi satu apa yang sedang terjadi dan apa yang bakal terjadi..
Sebagai contoh.. Pernah terjadi dalam kehidupan Mummy FawwazSecret sendiri.. Dimana FawwazSecret dapat cerita ny dari Daddy FawwazSecret.. Masa tuh kehidupan Mummy Daddy FawwazSecret berlaku sedikit kerumitan.. Biasalah sesiapapun ada kerumitan kehidupan sendiri.. Daddy FawwazSecret menerima laporan dari seorang rakannya yang mengatakan bahawa ada beberapa orang hamba Allah swt ny telah menggelar Mummy sebagai "BIDADARI".. Dalam hati Daddy, "ALHAMDULILLAH".. Tapi jauh di sudut hati Daddy, Daddy inginkan bukti.. Masa tuh Mummy sedang asyik dengan twitter dia.. Rakan Daddy menunjukkan bukti dimana beberapa orang hamba Allah swt ny mempersendakan apa yang di tweet oleh Mummy.. Sedangkan tweet Mummy sedang memuji ayat-ayat Allah swt.. Dan pada masa tersebut, ada seorang hamba Allah swt bertanyakan rahsia kecantikan Mummy.. Tapi Mummy tak tahu apa rahsianya.. Jadi Mummy cuma menjawab, "Jangan tinggal solat dan rajinlah mengaji Quran".. Beberapa hari selepas itu.. Beberapa orang hamba Allah swt ny sedang berbual mempersenda Mummy.. Dan sendaan mereka itu dilihat oleh salah seorang rakan Daddy.. Demi menjaga aib mereka, FawwazSecret tak dibenarkan untuk print screen kutukan mereka pada Mummy.. Tetapi FawwazSecret hanya dibenarkan untuk menulis semula dialog kutukan tersebut..
Hamba Allah I : Tudia bidadari tweet dah..
Hamba Allah II : Takda masa aku nak stalk dia.. Baik aku mengaji Quran..
Hamba Allah I : Perli baik..
Hamba Allah II : Itu kan rahsia kecantikan aku..
Sendaan di atas bukankah itu memperolokkan ayat-ayat suci Allah swt.. Tapi Allah swt ini Maha Adil, Maha Mengerti juga Maha Mengasihi.. Allah swt buktikan kepada Mummy dalam Surah Al-Kahfi dimana dalam surah itu ada menyebutkan cerita seorang yang mengagungkan ayat suci Allah swt dengan seorang lagi memperolokkan ayat suci Allah swt.. Jelas sekali.. Kehidupan kita sebenarnya tertulis dalam Al-Quran.. Cuma kita sendiri tak ingin melihat kehidupan kita sendiri.. Seolah kita tidak dapat menerima apa yang bakal jadi pada kehidupan kita kelak..
Sepertimana yang berlaku dalam kehidupan Mummy Daddy sebenarnya ia jugak berlaku dalam kehidupan kita yang lain.. Kalau kita berani untuk melihat apa yang bakal terjadi.. InsyaAllah Allah swt akan lindungi kita.. Dan kita sebenarnya bukan hanya mampu merancang, dan Allah swt yang menentukan.. Tetapi kita juga mampu merancang dan menentukan.. Dengan syarat, lihat dahulu apa yang Allah swt sudah tetapkan untuk kehidupan kita di hadapan.. Dan yang pastinya, segalanya tertulis di dalam Al-Quran..
Di dalam Al-Quran, jugak di dalam surah-surah yang lain.. Allah swt telah menetapkan bagi kita sesuatu yang baik jugak sesuatu yang buruk.. Contohnya kita nak menyambut Raya AidilAdha, semuanya tertulis dalam Surah Al-Hajj.. Contoh lagi ketika kita menerima kutukan ataupun kita sedang asyik mengutuk orang, itu jugak tertulis dalam Surah Al-Kahfi.. Contoh lagi cara terbaik untuk kita redha menerima penghinaan orang, semuanya tertulis dalam Surah Al-Israa'.. Dan sekarang.. Sepertimana yang kita semua ketahui.. Esok adalah hari Awal Muharram.. Kisah Muharram jugak tertulis dalam Surah Asy Syu'araa'.. Nampak tak..?? Apa yang sedang berlaku dan apa yang bakal berlaku dalam kehidupan seharian kita sebenarnya telah pun Allah swt tuliskan untuk kita ketahui.. Bukannya Allah swt sembunyikan dari kita.. Allah swt tidak kejam dengan hamba-hambaNya.. Tetapi hamba-hambaNya sahaja yang kejam kerana tidak ingin menilai setiap satu yang telah Dia kurniakan pada kita.. Jadi, jelas sekali bahawa, kehidupan seharian kita sebenarnya telah tertulis dalam Al-Quran.. Demi mengelak segala permusuhan dan demi menjaga segala kebaikan.. Sama-samalah kita memegang kitab suci Al-Quran kita.. Dan jangan lupa untuk membaca, memahami serta menilai setiap ayat-ayat suci Al-Quran tersebut..
Salam Awal Muharram,
FawwazSecret
No comments:
Post a Comment