بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Saturday, 9 November 2013

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

Bismillah Hirrahman Nirrahim... :')
Setelah beberapa hari FawwazSecret tak men-update cerita-cerita di blog.. Dan hari ny.. FawwazSecret ada terima satu permintaan dari Daddy untuk update-kan khutbah terakhir Rasululah saw.. Ini adalah renungan untuk kita semua mengimbau kembali apa yang sedang berlaku dan apa yang telah terjadi dalam kehidupan kita supaya kita dapat tahu langkah terbaik untuk kita mengubah kehidupan yang akan datang..

Pada 9 Zulhijjah, Tahun 10 Hijrah, Di Lembah Uranah, Gunung 'Arafah..
Rasulullah saw telah menyampaikan khutbah terakhirnya kepada seluruh umatnya yang hadir untuk mendengarkan khutbahnya yang menyebutkan..

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan..!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas tahun ini.. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini..

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci.. Maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.. Ingatlah bahawa sesugguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu.. Allah swt telah mengharamkan riba'.. Oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang..

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar.. Maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil..

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu.. Sekiranya mereka menyempurnakan diri mereka ke atas kamu.. Maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik.. Dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina..

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini.. Sembahlah Allah swt.. Dirikanlah solat lima kali sehari.. Berpuasalah di Bulan Ramadhan.. Tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu.. Dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu..

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.. Kamu semua adalah sama.. Tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya.. Kecuali dalam taqwa dan amal soleh.. Ingatlah kamu akan mengadap Allah swt pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan.. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaan ku..

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepas ku.. Dan tidak akan lahir agama baru.. Oleh itu, wahai manusia.. Nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah disampaikan kepada kamu.. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya.. Nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.. Itulah Al-Quran dan Sunnahku..

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain.. Dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitulah seterusnya.. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kata ku ini dari mereka yang mendengar terus dariku..

Saksikanlah Ya Allh swt.. Bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hambaMu.."

No comments: