بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Tuesday, 5 November 2013

Kisah Menarik Surah Asy Syu'araa'

Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :')
Surah Asy Syu'araa' mempunyai 227 ayat yang tertulis dalam Juzuk yang ke-19 di dalam Al-Quran.. Surah Asy Syu'araa' bermaksud para penyair dan para penyair ini adalah para rasul kita.. Di dalam surah ini, Allah swt telah menyebutkan kepada kita mengenai Hari Asy Syu'araa' iaitu hari dimana Allah swt telah memberikan kehormatan kepada para-para Nabi kita.. Antara kisah-kisah para Nabi yang tertulis dalam surah ini adalah kisah Nabi Musa a.s. dengan Firaun, kisah Nabi Ibrahim a.s. dengan kaumnya, kisah Nabi Nuh a.s. dengan kaumnya, kisah Nabi Shaleh a.s. dengan kaumnya (Tsamud), kisah Nabi Hud a.s. dengan kaumnya ('Aad), kisah Nabi Luth a.s. dengan kaumnya, kisah Nabi Syuib a.s. dengan penduduk Aikah..

Tetapi secara ringkas FawwazSecret kan ceritakan mengenai surah ini.. Dan FawwazSecret akan tekankan mengenai kelebihan Hari Asy Syu'araa' sahaja.. Untuk pengetahuan kita bersama, hari tersebut dinamakan Hari Asy Syu'araa' kerana jatuh pada 10 Muharram.. Dan 10 kehormatan yang telah Allah swt berikan pada para Nabi kita adalah :-
  1. Allh swt menerima taubat Nabi Adam a.s..
  2. Allah swt menaikkan darjat Nabi Idris a.s..
  3. Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s..
  4. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan dan diangkat sebagai Kholilullah serta diselamatkan dari api..
  5. Allah swt menerima taubat Nabi Daud a.s..
  6. Allah swt mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit..
  7. Allah swt menyelamatkan Nabi Musa a.s..
  8. Allah menenggelamkan Fir'aun..
  9. Allah swt mengeluarkan Nabi Yunus a.s. dari perut ikan..
  10. Allah swt mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s..
Beberapa kelebihan yang berlaku pada hari Asy Syu'araa juga tertulis didalam surah ini iaitu :-
  • Allah swt telah menjadikan langit dan bumi..
  • Allah swt telah menjadikan Adam dan Hawa..
  • Allah swt telah menjadikan syurga serta memasukkan Adam a.s. di syurga..
  • Allah swt  telah menyembuhkan bala Nabi Ayyub a.s...
  • Allah swt menjadikan tongkat Nabi Musa a.s. seekor ular besar yang mampu menelan segala sihir yang dilemparkan oleh ahli-ahli sihir kaum Fir'aun..
  • Allah swt akan mendatangkan hari Kiamat juga pada hari Asy Syu'araa'..
Sebenarnya Surah Asy Syu'araa' ditulis untuk menghiburkan hati Rasulullah s.a.w. serta hati kaum muslimin yang ingin mengetahui kisah para Nabi kita.. Allah swt telah memberi penjelasan kepada kita dalam Surah Asy Syu'araa'.. Dimana pada ketika dulu, walaupun para Nabi kita mengalami penderitaan hidup dan permusuhan dari kaumnya, tetapi pada akhirnya para-para Nabi kita tetap memperolehi kemenangan.. Manakala lawan-lawan para Nabi kita mengalami kehancuran..

Bersamalah kita renungi.. Kebinasaan dan kehancuran suatu bangsa atau suatu umat itu terjadi adalah kerana kita meninggalkan segala petunjuk agama yang telah Allah swt berikan.. Seperti apa yang sedang berlaku dalam kehidupan kita sekarang, FawwazSecret berikan satu contoh, mengenai tumbuh-tumbuhan.. Kita melihat setiap tumbuh-tumbuhan itu hidup, terbentuk dalam bermacam bentuk, melahirkan beraneka warna dan ragam serta perubahan-perubahan yang berlaku terhadap setiap tumbuhan tersebut.. Wujudnya tumbuh-tumbuhan tersebut adalah bukti bahawa Allah swt itu Maha Esa..

Dan sepertimana yang kita ketahui, Surah Asy Syu'araa' juga telah tertulis bahawa Allah swt telah memberikan segala petunjuk kehidupan itu kepada pemimpin kita yang terdahulu, agar bersikap lemah lembut dalam menyampaikan segala ilmu kepada pengikut-pengikutnya.. Segalanya Allah swt telah tuliskan kepada kita.. Jadi mengapa di zaman sekarang, kita tidak mampu untuk bersikap lemah lembut diantara kita sesama umat sepertimana yang telah para-para Nabi kita lakukan terhadap para pengikutnya..?? Renung-renungkan.. :')

No comments: