بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Friday, 1 November 2013

Happy Birthday Daddy

Hai.. :D
Sebenarnya hari lahir Daddy, 31 Oktober.. Tapi FawwazSecret terlambat untuk updatekan cerita hari lahir Daddy.. Jadi sebelum FawwazSecret nak mulakan cerita, FawwazSecret nak wish, "HAPPY BELATED BIRTHDAY, DADDY" Maafkan FawwazSecret yea, terlambat postkan cerita Daddy.. Tapi rasanya Daddy okey kan sebabnya hari lahir Daddy baru semalam jea kan.. Mummy dulu selepas seminggu, baru FawwazSecret updatekan..

Bermulanya tengahari 31 Oktober..
Mummy Daddy seperti biasa bantu Mama bungkuskan nasi lemak..
Mummy : Mama tau hari ny hari apa..??
Mama : Tak tau.. Tak cerita..
Mummy : Hari ny birthday abg paih..
Mama : Nak beli kek pulak ka..?? Tak larat makan kek dah bulan ny..
Kakak : Mama ny jangan buat gituh.. Kesian abg paih..
Mummy : Tak payah beli apa Mama.. Wani sedia semua..
Mama : Wani nak sedia apa..??
Mummy : Tanya abg paih dia nak makan apa.. Nanti malam wani buat..
Belum sempat Mama bertanya, Daddy dah jawab..
Daddy : Nak daging kangkang..
Semua tertawakan Mummy.. Tetiba Kakak menyahut..
Kakak : Tak larat makan yang kak wani kangkang dah.. Nasi lemak pun kangkang jugak..
Mummy : Baik sikit na..
Mama : Wani dok bagi serba kangkang yang dia kalah dengan wani..
Semua tertawakan Mummy.. Termalu Mummy..
Daddy : Nak ma buat daging masak asam.. Makan nasi malam ny.. Nak cheese cake..
Mama : Nak beli pulak ka..??
Daddy : Dak.. Wani buat..
Mama : Dan ka wani..??
Mummy : Dan.. Duit wani ada berapa..?? Wani nak RM10..
Mama : Takpa wani amik satgi..

Siap nasi dibungkus tepat jam 3petang.. Kakak mula berniaga pada jam 3.30petang manakala Abe mula berniaga pada jam 4petang.. Sebelum Mummy Daddy bergerak keluar dari rumah, Mama keluar dulu.. Mummy sibuk siapkan bahan untuk dimasak malam nanti.. Daddy menemani Mummy di dapur.. Sempat Daddy snapkan gambar Mummy..


Selepas selesai semua.. Mummy Daddy bergerak keluar ke pekan untuk beli segala bahan untuk buat cheese cake.. Sesampai Mummy di rumah, masa tuh dah jam 5petang.. Mummy terfikir sempat ke Mummy siapkan cheese cake untuk Daddy.. Sedangkan inilah first time Mummy nak buat cheese cake.. Risau kalau tak menjadi.. Tapi Mummy niatkan di dalam hati.. "Kalau dengan kasih sayang, menjadilah cheese cake untuk Daddy.. Amin.." Tepat jam 7petang, Alhamdulillah.. Cheese cake Mummy menjadi.. Mummy bergerak keluar ke rumah Mama..

Sesampai Mummy di rumah Mama, dilihatnya Adik ada di rumah.. Mummy bagi isyarat ke Mama, tanda Mummy nak keluar sekejap.. Selepas pada tuh Adik bersuara..
Adik : Wey.. Kek...
Beberapa minit selepas tuh, berbalik semula Mummy di rumah Mama.. Tapi Adik dah takda..
Mummy : Mama masak dah..??
Mama kaku.. Nak jawab salah.. Tak jawab pon salah jugak..
Mama : Ma tolong hiris daging.. Ingat nak masak dah tadi..
Mummy : Takpa ma.. Wani melawak jea. Memang wani nak masak..
Mama : Hish main-main budak ny..

Mummy terus ke dapur dan masak daging.. Tetiba Mama masuk dapur dan minta Mummy masak sayur kangkung untuk dia.. Yea lah Mama tak boleh makan daging sebab darah tinggi.. Jadi sambil-sambil, Mummy sediakan telur dadar dan sayur kangkung untuk Mama..
Siap dihidang, Adik sampai dan terus ke dapur.. Mama masa tuh ada di ruang tamu..
Adik : Uishh.. Sedapnya..
Mummy : Makan nasi dah..??
Adik tak menyahut..

Tapi lepas pada tuh, Adik terus ambil sedikit nasi dan lauk yang Mummy masak.. Mummy masa tuh dah siap masak sayur kangkung.. Adik ambilkan sedikit, dicampurnya bersama lauk daging masak asam.. Alhamdulillah.. Walaupun tak bercakap, tapi masakan Mummy tetap adik jamah.. Dalam hati Mummy, "terima kaih adik :')" Beberapa minit selepas tuh, sempat Mummy snapkan gambar hidangan makan malam bersama cheese cake yang Mummy sempat siapkan pada petang tersebut..


Kemudian, Mummy panggilkan Daddy untuk snapkan kenangan birthday Daddy.. Walaupun ringkas.. Tapi ianya berharga bagi Daddy sebab semuanya disediakan dengan air tangan kasih sayang seorang isteri.. Dan Mummy sebenarnya tak suka Daddy makan air tangan orang lain.. Cakap jea Daddy nak makan apa,.. Semuanya Mummy akan sediakan untuk Daddy.. Yang penting air tangan Mummy.. Bukan air tangan orang lain.. Kerana itulah yang membuatkan eratnya sesuatu hubungan.. :')



Selesai Mummy Daddy bersnap, makanlah Mummy bersama Daddy sekeluarga.. Masa sedang asyik makan, tetiba Mama bersuara..
Mama : Farid cakap dengan wani..??
Mummy : Dak pon..
Mama : Takpalah.. Nanti-nanti dia bercakap jugak.. Dia amik nasi tadi..??
Mummy : Amik..
Mama : Tak bercakap pon dia makan jugak air tangan wani..
Mummy : Wani pernah mimpi.. Wani dah nikah dengan abg paih.. Wani dok sini..
               Setiap kali tengahari, parid kan meh tanya nasi, dia nak makan..
Mama : Meh cara dia laa..
Mummy : Tapi wani tak faham la awat mimpi macam tuh..
Sya : Tok ada dak dalam mimpi..??
Mummy : Takdak..
Semua diam.. Masing-masing saling berpandangan..
Daddy : Tanda-tanda nak bercakap lah tuh..
Mama : Hurm.. Betoi.. Nak lari mana dok sebumbung..
Kakak : Dua bumbung, ma..
Mama : Sama jea..
Diam-diam Mummy bisik ke Daddy..
Mummy : Mana Mama tau parid tak cakap dengan ma..??
Daddy : Mama kenal anak dia.. Mama rasa apa menantu dia rasa..
Ringkasnya jawapan Daddy..

Selepas makan, Mama mintak Kakak yang kemaskan semua.. Tetiba Abe pulak sampai di rumah..
Mummy : Abe makan nasi dah..??
Abe : Dak lagi.. Tapi ny nak makan pasai ada bau sedap..
Mummy : Lauk semua ada atas meja..
Abe : Okey.. Kek, kak..??
Mummy : Dalam peti sejuk..
Abe : Kak buat cheese cake ka..??
Mummy : Yea..
Lepas Abe makan cheese cake depan Mummy.. Mummy bertanya..
Mummy : Rasa camna Abe..??
Abe : Sedap..

Beberapa minit lepas tuh, Mummy nak berehat.. Daddy menjeling ke arah Mummy sambil memaling mukanya ke arah bilik.. Mama perasan.. Mama besarkan mata sambil memandang ke arah adik-adik.. Okey.. Mummy Daddy mengerti.. Apapun selamat hari lahir yea, Daddy.. Dan semoga berbahagia di samping keluarga tersayang..

No comments: